was successfully added to your cart.
Category

Food

Brownies Fudge VS Cakey

By | Food | No Comments

Bila sebut BROWNIES. Otak terus terbayang kek coklat yang berkedut di bahagian permukaannya dan tekak terus terasa kelazatan kek yang sedikit rapuh di bahagian luarnya tapi padat dan moist di bahagian dalam. Di tambah pula dengan rasa coklat lazat yang memenuhi di segenap ruang mulut. Aroma coklat nya yang naik memenuhi ruang dapur selepas panas-panas keluar dari oven  memang membangkitkan selera.

Kalau korang, korang suka brownies kedut yang macam mana? Iyelah sekarang ni kan macam-macam versi brownies ada. Walaupun kedutan luarannya nampak sama tapi rasa dan tekstur nya agak berbeza. Jenis brownies tu ditentukan mengikut tekstur nya. kebiasaanya, yang sis selalu dengar ada 2 jenis brownise kedut  iaitu fudge/chewy dan cakey. Hah!! Korang tahu ke apa bezanya kedua-dua jenis brownise ni? Ke korang tahu makan je. Hehehe. Dua gambar brownies ni adalah gambar brownies jenis cakey dan fudge/chewy.

         

Brownies  cakey                                                   Brownies jenis fudge/chewy

Sis ni tak ada lah tahu sangat. Tapi sikit-sikit kalau nak sis kongsikan ilmu baking dengan korang bolehlah.

Kalau nak tahu tekstur brownies ni dipengaruhi oleh jumlah lemak (butter) dan coklat yang korang gunakan semasa pembuatnya.

Sis share secara ringkas je ye. Kalau tulis panjang-panjang bukannya korang baca pun.

Brownies jenis fudge mempunyai jumlah lemak yang tinggi dari butter dan coklat yang digunakan. Sebab itu, tekstur fudge brownies akan lebih  padat serta warnanya lebih gelap disebabkan jumlah coklat yang ditambah dari yang biasa. Disebabkan tekstur yang agak padat silap-silap korang ingat brownies tu tak masak lagi. Hahaha. Tapi sebenarnya memang teksturnya begitu. Penggemar coklat macam sis memang jatuh cinta berkali-kali lah kalau makan fudge brownies ni.

Berdasarkan pengalaman sis, fudge brownies ni mengambil masa masak yang agak lama sedikit 35 – 45 minit untuk masak dengan suhu 175° – 180° Celcius.

Untuk cakey brownies pula, teksturnya kurang padat berbanding fudgy dan lebih ringan kerana mempunyai kandungan tepung yang lebih tinggi dan ia bergantung kepada serbuk baking sebagai bahan penaik. Selepas masak, cakey brownies kelihatan lebih ber ‘volume’ dari fudge brownies.

Masa memasaknya juga lebih singkat (30 minit) dan tekstur cakey brownies lebih ringan. Tapi tidak lah seperti kek coklat biasa, ia masih brownies yang padat cuma akan ada ruang-ruang udara yang kecil kerana kurang lemak dan coklat.

Tekstur fudge brownies korang akan dapat kalau korang gunakan coklat dan butter yang banyak. Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni untuk tengok perbezaan antara cakey dengan fudge brownies.

Itulah serba sedikit yang sis boleh kongsikan dengan korang tentang perbezaan antara fudge dan cakey brownies. Brownies yang mana paling sedap??? Haaa jangan tanya sis. Semuanya atas selera masing-masing.

Kalau korang ada resepi brownies yang sedap dan mudah dibuat boleh share di ruangan komen ye.

 

Kedai Viral Roti Canai Terbang Subang Bestari

By | Food | No Comments

Weekend ni korang dah ada idea ke nak santai minum petang kat mana??

Mesti korang dah bosan minum petang kat rumah kan. Hah!! Kalau korang bercadang nak minum petang kat kedai, sis ada satu port kedai ni yang best untuk korang cuba. Nama nya KEDAI ROTI CANAI TERBANG SUBANG BESTARI.

HAH?? KEDAI ROTI CANAI TERBANG???

Iyee. Kedai roti canai yang viral tu. Tak silap sis baru-baru ni Kedai Roti Canai Terbang Subang Bestari ni viral gara-gara tersebarnya video tragedi roti canai yang terlekat di atas kepala sorang mak cik ni.  Kesian mak cik tu terpinga-pinga bila tiba-tiba ada roti canai terbang yang tersalah landing atas kepala disebabkan aksi terlebih lambung penebar roti canai tu. Hahaha. Sis pun tergelak sama bila tengok video tu. Korang boleh enjoy tengok video ni.

Sumber : https://www.facebook.com/janganlikejilaker/videos/283019125758164/

Kedai Roti Canai Terbang Subang Bestari ni tempat makannya santai-santai  saja. Macam-macam menu roti canai yang ada antaranya ialah roti sardin,roti bom, roti telur dan macam-macam lagi. Rotinya garing diluar tapi dalam masa yang sama tetap lembut bila di gigit. Dalam banyak-banyak menu roti canai tu, roti cheglaru (baca:celaru) paling popular. Nah korang tengoklah memang bercheglaru.

Sumber: google.com

Roti cheglaru (baca: celaru) ni special sebab rotinya dibanjiri dengan kuah kari yang dicampurkan sikit dengan sambal sardin dan diatasnya diletakkan telur mata goyang.

Selain roti canai,  kedai ini juga ada menjual makanan panas yang lain. Kalau korang teringin nak cuba ni alamatnya

Taman Subang Damai, 40150 Shah Alam, Selangor.

Tak pun korang waze je Kedai Roti Canai Terbang Subang 2 mesti keluar punyalah lokasinya.

Kedai ni dibuka setiap hari dan mula beroperasi jam 6 petang sehingga lewat malam. Jadi korang  jangan berangan datang cari breakfast roti canai pagi-pagi kat kedai ni ok. Tak buka pun lagi, hampa korang nanti.  Tapi kalau korang nak cari port dating tengah malam lepas anak tidur boleh la try kedai ni.

 

3 Resepi Ais Krim Homemade Yang Mudah Dibuat Di Rumah

By | Food | No Comments

Hari tu masa tengah sibuk shopping barang dapur anak sis ada pandang  sorang budak kecik ni. Budak perempuan tu comel sangat dengan toncet ponny tail nya tu. Anak sis tenung budak perempuan tu sampai tak berkelip tau. Sebab anak sis ni lelaki sis dah dok ingat dia syiok kat anak dara orang pulak.  Ah sudahhh. Jangan dia buat hal. Hahaha.

Tapi rupanya korang tau apa??

Dia tenung ais krim yang budak perempuan tu pegang rupannya.  Kah kah kah. Sis tak perasan pun sampailah dia cakap dan tunjuk  dia nak makan macam budak perempuan tu makan. Lega hati sis. Hehe

Tapi sis tak bercadang nak belikan ais krim yang biasa dijual dipasaran tu. Iyelah ais krim dipasaran ni sis rasa macam terlalu manis lah. Tak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi tak tahu lah korang macam mana kan. Lain orang lain pandangannya

Haa disebabkan tu lah sis rajin nak menggoggle resepi ais krim homemade yang mudah dibuat di rumah. Hujung minggu ni sis nak buat. Yeayyy!! Sis share kat sini ok, jadi korang tak perlu dah susah-susah nak mencari resepi, cuba je resepi yang sis share ni.

Nak buat aiskrim popsicles ni, korang kena ada satu alat yang sangat sangat asas dan wajib ! Haa apa bendanya tu?? Acuan aiskrim lahh ! Acuan aiskrim ada banyak bentuk dah sekarang ni, fancy-fancy  semuanya. korang tingal pilih je nak yang mana. Ni contoh acuan ais krimnya. Kalau memang dah tak de ikut koranglah nak letak kat acuan mana janji boleh masuk freezer tu ok. Hehe

 

Acuan ni banyak dijual kat kedai kedai-kedai yang menjual barang keperluan  rumah, macam kedai DAISO, MR.DIY, ECO.  murah-murah je harga acuan ni..

Okay.

Dah ada acuannya, jom kita tengok  pula resepi pilihan yang sis nak kongsikan.  Resepi ni sis pilih sebab bahan yang digunakan tak banyak. Dan insyallah lebih berkhasiat dari ais krim yang dijual dipasaran. Jadi korang tak perlu risau kalau nak bagi anak-anak makan.

 

 

 

 

 

1) AIS KRIM BUAH-BUAHAN CHIA SEED

Sumber: theviewfromgreatisland.com

korang hanya perlukan 3 bahan je untuk buat ais krim ni. Seriously 3 bahan je??? Iyeee 3 bahan je. Bahan-bahannya ialah santan segar (sederhana pekat) atau boleh digantikan dengan susu segar/ plain yogurt, chia seed dan buah-buahan pilihan. Contohnya macam dalam gambar ni, boleh guna buah pisang, mulberry, strawberry dan macam-macam lagi.

Kalau korang rasa nak manis oleh tambahkan madu. tapi sis rasa susu segar/yougurt tu sendiri dah ada rasa manis. Lagi pun tak elok makan manis-manis sangat, manis dalam senyuman takpe.  Hehe. Caranya pula, campur je semua bahan-bahan tu lepas tu masukkan dalam acuan dan sejukkan sampai keras. Siapp!!!selain dapat khasiat dari buah korang akan dapat khasiat dari chia seed juga.

Sumber: theviewfromgreatisland.com

 

2) AIS KRIM KELAPA  COKLAT

sumber: dontwastethecrums.com

Ais krim ni memang owesome sangat rasa dia tau  kalau korang buat guna isi kelapa segar. Nak dip dengan coklat tu optional je tau. Sebab makan ais krim kelapa kosong macam tu je pun dah sedap sangat. Bahan-bahannya pun senang je.  Korang cuma perlukan santan segar (pekat), isi kelapa, air kelapa sikit, madu, sedikit garam, dan coklat (optional). Caranya pula, kisarkan santan segar dan isi kelapa sedikit sampai sebati. Kemudian masak sekejap  dan campurkan dengan madu dan garam secukup rasa. Letakkan isi kelapa yang dah di racik kecil-kecil dalam acuan sebelum tuang bancuhan ke dalam acuan. Siapp!! Sejukkan sampai keras dan boleh la celup dengan coklat untuk lagi umphhh!!

Korang jangan takut untuk makan santan kelapa tau. Sebenarnya  santan kelapa ni bagus tau. Ia mengandunggi banyak sangat vitamin dan mineral. Selain tu, kelapa mengandungi asid laurik yang sangat bagus untuk tubuh melawan penyakit dan virus.

3) AIS KRIM BUAH AIR KELAPA

Sumber: www.willcookforsmile.com

Ok yang ni rasanya berbeza tau dengan ais krim kelapa yang sis share sebelum ni, walaupun bahan asasnya adalah kelapa. Ais krim yang ni rasanya lebih fresh sebab resepinya hanya guna air kelapa. kalau resepi sebelum ni rasanya creamy sebab guna santan kelapa.

Bahan untuk buat ais Krim ni ialah, air kelapa dan buah-buahan citrus je. Senang sangat kan. Atau kalau korang rasa nak manis sikit tambah la madu, its ok. Ikut selera masing-masing. Buah-buahan pula, korang  boleh guna buah kiwi, lemon, strawberry, orange dan banyak lagi. Janji yang rasanya sedikit masam sebab nak bagi feel freshhh bila makan ais krim tu nanti. Hehe. Gambar kat atas ni contoh kalau guna buah kiwi.

SELAMAT MENCUBA!!!

 

5 Resepi Ayam Panggang Yang Mudah Dan Sedap

By | Food | No Comments

Pernah tak korang rasa macam nak give up je bila tengah on diet?? Sebabnya, hari-hari asyik makan makanan yang lebih kurang sama dan membosankan?? Tengok pula kawan-kawan semua makan makanan yang sedap-sedap belaka. Alahai memang mengoncang keimanan kan. Huhuhu. Jangan risau sis paham perasaan tu.

Tapi lepas ni jangan risau, dengan 5 resepi ayam panggang yang mudah dan sedap, yang akan sis kongsikan ni korang takkan rasa bosan dah dengan menu diet harian korang. Walaupun sebenarnya korang boleh je beli bahan perap ayam panggang ni kat kedai, tapi sis tak galakkan sebab bahan perap ayam panggang yang dijual dipasaraya tidak begitu sihat sebab tinggi kandungan sodium dan bahan pengawitnya. Sis syorkan korang buat je sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang senang pastinya ia akan lebih sihat. Sis harap, dengan perkongsian resepi ayam panggang yang mudah dan sedap ni dapatlah memberikan korang idea untuk mempelbagaikan masakan ayam korang supaya tak lagi membosankan.

Untuk penyimpanan gunakan beg plastic atau mangkuk yang bertutup. Tujuannya adalah untuk mengekalkan jus dan rasa ayam semaksima yang mungkin. Sis cadangkan korang gunakan je plastik IKEA (zip lock) macam dalam gambar ni. Lebih mudah dan praktikal. Jimat ruang peti ais di rumah tu.

Sumber : google.com

Kalau rajin hujung minggu tu korang siapkan terus perapan untuk seminggu macam dalam gambar ni ha. Jangan lupa tuliskan nama dan tarikh ye lepas tu simpan dalam freezer. Nak makan, pilih je perapan yang mana korang nak dan thaw 2 jam sebelum nak masak. Sangat menjimatkan masa korang nak masak nanti percayalah cakap sis. Hehe.

Sumber: google.com

Rasepi ni ada yang sumber asalnya sis dapat dari google, tapi ada yang sis dah olah mengikut kesesuaian citarasa dan pastinya lebih sihat.

1) Lemon black pepper chicken marinade

Sumber: Delish.com

Bahan-bahannya:

2 keping dada ayam

1 tbs parutan lemon

3 tbs jus lemon

2 ulas bawan putih (dicincang)

1 tbs lada hitam (ditumbuk kasar)

1/2 tsp garam

2 tbsp. olive oil

Cara-caranya:

  1. Campurkan parutan lemon, jus lemon, bawang putih, lada hitam garam dan olive oil ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

2) Honey garlic chicken marinade

Sumber : theracepiecritic.com

Bahan-bahannya:

2 keping dada ayam

2 ulas bawang putih ( dicincang)

1/4 cawan madu

2 tbs kicap

2 tbs olive oil

Cara-caranya:

  1. Campurkan madu, kicap, bawang putih dan olive oil ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.

3. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

3) Cayenne chicken marinade

Sumber: goggle.com

Bahan-bahannya:

4 keping dada ayam

1/4 cawan madu

1/2 tbs serbuk mustard

1/2 tsp paprika

1/2 tsp garam

1/2 tsp lada hitam (ditumbuk kasar)

2 tsp cuka apple

1/2 tsp serbuk bawang putih

1/4 tsp serbuk cayenne

1 tbs olive oil

Cara-caranya:

  1. Campurkan madu, serbuk mustard, paprika, garam,kada hitam, bawang putih,cayenne, cuka apple dan olive oil ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

4) Cajun chicken marinade

Sumber : google.com

Bahan-bahannya:

500g – 700g ayam

1 ½ tsp serbuk bawang

1 tsp serbuk bawang putih

1 tsp garam

1/2 tsp paprika (lebihkan jika nak pedas)

1/2 lada hitam

1 tsp gula

1 tbs madu

1 tbs mentega (cair)

Cara-caranya:

  1. Campurkan serbuk bawang, serbuk bawang putih,madu, paprika, garam,lada hitam, gula, butter yang telah dicairkan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

5) Tandoori chicken marinade

Sumber : google.com

Bahan-bahannya:

2 ketul ayam (bahagian whole leg)

1⁄2 cawan plain yoghurt

1 tbs perahan jus lemon

1/2 tbs serbuk halia

1/2 tbs serbuk bawang putih

1⁄2 tsp garam

1 tsp ketumbar

1/2 tsp kunyit

1⁄2 tsp jintan

1 tsp lada hitam

1 tsp serbuk cayenne

2 tbs mentega cair

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan plain yohgurt,jus lemon, serbuk halia, seruk bawang putih, garam, ketumbar, kunyit, jintan lada hitam , serbuk cayenne dan mentega cair ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

Hah apa lagi?? Simpan resepi ni dan jom cuba hujung minggu ni.

Selamat mencuba!!

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur Yang Mudah dan Sedap

By | Food | No Comments

Semalam kan sis rasa teringin sangat nak makan kek. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab faktor perubahan hormon kot. Maklum lah nak masuk pertengahan bulan (baca: nak datang bulan) mula lah nak craving macam-macam. Hehe. Korang macam tu tak??

Banyak-banyak kek sis teringin sangat nak makan kek coklat. Tapi bukan kek yang mahal-mahal tu. Nak kek coklat moist yang simple tu je. Jadi membazir pulak rasanya kalau sis gi beli kek Secret Recipe tu. Sepotong dah harga RM8 lebih.  Baik kita buat sendiri, jimat pun jimat. Hehe

Jadi pagi-pagi lagi sis dah semangat masuk dapur nak membaking.  Sekali baru je nak mula buat, tengok-tengok telur tak ada dah habis. Oh No!!!Frustnya sis rasa masa tu. Sob sob sob. Iyelah kalau tak ada telur macam mana nak buat kek kan.

Korang tahu tak apa fungsi telur dalam pembuatan kek?

Meh sis share. Untuk siapa yang tak tahu telur ni berfungsi untuk beri kelembapan pada kek. Selain tu juga,telur ni berfungsi sebagai bahan pelekat dan bahan penaik kerana buih-buih telur yang terhasil selepas dipukul  itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu.

Tapi tak apa, sebenarnya kalau tak ada telur kita masih boleh buat kek yang sedap tau. Bukan setakat kek je korang boleh juga buat cookies, roti dan macam-macam lagi lah tanpa menggunakan walaupun sebiji telur. Hah menarik kan.

Tapi hanya bahan-bahan tertentu saja lah yang boleh menggantikan telur. Kat bawah ni ada senarai bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan buat korang untuk gantikan telur mengikut jenis makanan yang korang nak buat. Tapi apepun, jadual ni rujukan saja,  korang perlu try and error  untuk dapatkan tekstur yang menepati citarasa korang ok.

Sumber: https://www.egglesscooking.com/egg-substitutes/

Pada pendapat sis, bahan penganti telur ni penting juga untuk kita tahu, sebab bila-bila ada kecemasan contoh telur habis atau anak allergic telur ke, sekurang-kurangnya kita ada alternative lain untuk gantikan telur tu.  Tak adalah terbantut nak masak apa-apa. Betul tak?

Nanti sis kongsikan satu resepi kek coklat moist kukus tanpa telur yang sedap. Resepi kek coklat moist kukus tanpa telur ni sangat menepati citarasa untuk  peminat kek coklat  tapi  alah pula dengan telur. Resepi ni paling mudah, ringkas dan hanya menggunakan bahan-bahan yang asas je. Disebbabkan telur tiada sis gantikan dengan buttermilk. Buttermilk ni adalah campuran susu segar dan jus lemon. kek yang guna buttermilk akan  jadi lebih  lembut, gebu dan hmmm yummy.

Jadi jangan risau, resepi ini tidak akan mengecewakan korang. Rasanya akan tetap sedap walaupun tiada telur.

Sumber: resepimudah.com

 

RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS TANPA TELUR

 

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum

1/4 cawan serbuk koko

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/4 sudu teh garam ( secukupnya )

3/4 cawan gula

2 sudu besar coklat cip

1 cawan susu segar ( 250 ml ) – better guna susu sejuk dlm fridge

1 sudu besar jus lemon

1/2 sudu besar esen vanilla

1/4 cawan minyak

 

Cara membuatnya :

 

  • Panaskan pengukus terlebih dahulu
  • Masukkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat,serbuk koko yang diayak dalam bekas dan gaulkan sebati.
  • Campurkan terlebih dahulu susu segar dan jus lemon, biarkan selama 5-10 minit. Kemudian masukkan gula,esen vanila,garam serta minyak dan pukul hingga sebati. Sedikit demi sedikit tambah bahan kering yang telah diayak tadi.
  • Setelah itu,masukkan cip coklat dan pukul lagi sehinggalah semuanya sebati.
  • Sediakan loyang segiempat dan sapukan mentega pada dasar loyang tersebut.
  • Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.
  • Kukus atau bakar selama 35-40 minit sehingga masak.

UNTUK TOPPING :

  • Masukkan coklat masakan dan sedikit susu segar ke dalam bekas dan panaskan guna kaedah doule boiler. Kalau malas masukan je dalam microwave sebentar.  Biarkan cair dan kacau sedikit kemudian toppingkan atas kek coklat, taburkan juga coklat urai sebagai hiasan.  Siap!!

Tips: kalau nk tau kek dah masak sempurna atau belum : Cucuk kek dengan lidi sate dan keluarkan lidi. Kalau bersih lidinya maksudnya kek dah masak  sempurna,tp kalu masih melekat isi kek pada lisi tu. kek tak masak lg.

KENAPA YE, MAKANAN BERLEMAK DAN TINGGI KALORI SEMUANYA SEDAP-SEDAP BELAKA???

By | Food | No Comments

Ada sekeping pizza yang gebu bertoppingkan papperoni yang banyak. Cheese pulak  seolah-olah macam nak meleleh keluar dari pizza crust tu. Taburan hirisan mushroom dan daun basil ditambah pula dengan aroma Italian herbs membuatkan rasa terliur dan nak ngap on the spot.  Macam gambar kat bawah ni. Hahaha

Sumber: https://unsplash.com/photos/YJSOou0wt8c

Sekarang ni, mengupload gambar makanan yang lazat-lazat dan mengiurkan macam dah jadi satu trend dan kemestian di media social. Jangan kata kan orang lain, sis pun sama jugak. Hehe. Lagi lah, bila rasa dan presentation makan  yang dihidangkan tu sedap,menyelerakan dan menarik mesti kita nak share pada semua orang kan. Sharing is caring right?

Sebab itulah café-café hipster ni semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Di tambah pula dengan rancangan-rancangan makanan yang disiarkan di televisyen. Tipulah kalau korang cakap tak terliur tengok orang lain makan burger yang patty nya tebal, juicy dan kaya dengan rasa rempah dan daging yang sebatiDipadan kan pula dengan rotinya yang lembut dan kepingan cheese yang cair meleleh. Memang rugilah kalau kita tak mencubanya kan.

 

Sumber: https://unsplash.com/photos/F_xGk7V0Xbc

Namun, AWASS!!

Di sebalik semua kelazatan dan trend makanan hipster  ini tersembunyi lemak-lemak jahat yang tinggi nilai kalorinya. Lemak-lemak jahat ini lah yang menjadikan Malaysia Negara no 1 dalam Negara ASEAN yang lain, yang rakyatnya mengalami masalah obesiti yang serius.

Sumber: Surat khabar Utusan Malaysia

Lagi mengejutkan peratusan obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga meningkat kepada 15% dan tidak mustahil  peratusan ini akan terus menigkat sekirannya tidak di kawal.

Sumber:  Surat Khabar Utusan Malaysia

Salah satu puncanya ialah gaya pemakanan yang kurang sihat dikalangan masyarakat. Pengambilan makanan berlemak yang berlebihan akan merisiko kan diri kita untuk terkena penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kencing manis,  darah tinggi dan banyak lagi.

kalau disuruh kurangkan makan makanan berlemak pasti banyak saja alassan yang diberi. Salah satunya ialah kerana kebanyakan makanan yang berlemak ni semuanya sedap-sedap.

KENAPA YE, MAKANAN BERLEMAK DAN TINGGI KALORI SEMUANYA SEDAP-SEDAP BELAKA???

Kalau anda nak tahu, nilai kalori dalam makanan kita ni banyaknnya datang dari sumber lemak dan gula. Satu gram lemak bersamaan dengan 9 kilo kalori. Jumlahnya lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan karbohidrat dan protein yang kedua-duanya hanya menghasilkan 4 kilo kalori untuk tubuh.

Tidak dapat dinafikan lagi, YA, lemak yang ditambahkan ke dalam masakan dapat mengubah rasa sesuatu makanan tersebut bertukar menjadi lebih sedap dan lazat. Kalau korang tak percaya, cuba rasa perbezaan  antara ayam goreng yang disaluti dengan tepung crispy dengan ayam yang hanya dimasak mengunakan kaedah stim. Mesti banyak perbezaannya. Aroma ayam yang baru lepas digoreng itu saja dah boleh buatkan kita terliur. Itu belum makan lagi. Krup krap ayam goreng crispy tu memang boleh buat kita makan tak henti. Betul tak? Hahaha

                                        

Sumber: google.com

Sebenarnya terdapat beberapa komponen dalam lemak yang akan bertindak balas dan seterusnya mengubah aroma dan tekstur makanan, sehingga rasa makanan menjadi lebih sedap.

  1. Aroma makanan

Reaksi kimia antara lemak dan bahan-bahan yang lain dalam makanan mampu membuatkan tubuh tertumpu dengan rasa dan aroma makanan. Ini membuatkan  kita lebih menikmati rasa makanan tersebut. Makanan yang berlemak apabila dikenakan haba akan  menaikkan aroma makanan yang dimasak. Baunya saja sudah memuatkan air liur berkumpul dan otak terus memberikan signal yang makanan tersebut sedap walaupun kita belum merasanya.

  1. Tekstur makanan

Makanan jenis berlemak ini memiliki tekstur yang khas dan meninggalkan kesan selepas makan. Contohnya, keju yang meleleh di mulut akan menciptakan rasa dan tekstur yang menyenangkan dalam mulut semasa ataupun selepas memakannya. Itu yang membuatkan kita terigat-ingat. Selain itu, lemak juga membantu rasa garam dan bahan-bahan  lain dalam makanan lebih tergaul sebati.

Secara logiknya lemak dalam makanan membuat kita merasa lebih cepat kenyang. Kerana lemak mempunyai lebih banyak kalori. Tetapi hakikatnya, kita seperti tidak puas makan dan akan makan lagi.  Sebab itu, tak hairanlah jika kita lebih memilih makanan berlemak seperti ayam goreng crispy, murtabak, pizza, burger dan lainnya dibandingkan makanan sehat tanpa lemak. Kerana sememangnya,  makanan berlemak dan tinggi kalori semuanya sedap-sedap belaka.

 

 

5 Tanda Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan

By | Food | No Comments

Mak: “Susu kamu tak cukup tu sebab tu baby tak berhenti menangis. Dia lapar..”

Nenek: “Bagilah baby tu makan bubur sikit. Mana kenyang susu aje..”

Biasa dengar ayat-ayat diatas kan?

Hehe 😊

Orang-orang lama biasanya tidak tahu tentang bila sepatutnya memulakan pemakanan pelengkap bayi. Kerana begitulah mereka diajar oleh moyang kita. Bila bayi menangis tandanya lapar, lalu dibancuh bubur kanji untuk disuap pada bayi, walaupun bayi baru masuk 2 bulan. Budaya bagi makan terlalu awal ni bahaya dan berisiko untuk bayi. Usus bayi boleh tersumbat kerana system pencernaan bayi masih belum matang untuk memproses makanan yang kompleks. Di mata kita mungkin air kanji itu tidak nampak kompleks, tetapi pada usus bayi, ia susah untuk dicerna.

Bayi dibawah 6 bulan memang disarankan untuk menyusu badan penuh. Ya memang bayi akan cepat lapar dan cepat menangis. Ini kerana perut bayi masih kecil dan susu badan sangat mudah untuk dihadam. Ibu-ibu bersabar sajalah jika bayi kerap menyusu, terutamanya bayi lelaki. Pasak di fikiran bahawa ‘Semakin kerap menyusu, semakin sihat bayi’. Jangan stres – stres ya!

Jadi bagaimana nak tahu sama ada bayi dah bersedia untuk makan atau tidak?

Perhatikan tanda-tanda dibawah pada bayi anda:

  1. Sudah boleh duduk dengan sokongan serta boleh kawal keadaan kepala dan leher dengan stabil.
  2. Menunjukkan minat pada makanan (contohnya cuba mengambil makanan dari tangan kita atau membuat aksi mengunyah)
  3. Menjadi lebih kerap lapar dari biasa, jarak antara penyusuan semakin rapat.
  4. Mampu untuk menyimpan makanan dalam mulut dan mempunyai Oral motor skill (menolak makanan ke tekak untuk ditelan)
  5. Berat bayi sudah meningkat dua kali ganda dari lahir (contoh: lahir 3kg, berat yang ideal untuk memulakan makanan pelengkap adalah 6kg)

Tanda-tanda diatas boleh mula dilihat pada bayi berusia 4 – 6 bulan. Bagaimanapun, di Malaysia guideline untuk memulakan makanan pelengkap adalah pada usia 6 bulan (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia).

Perlukah ibu beri makanan pelengkap jika susu badan ibu banyak dan cukup untuk mengenyangkan bayi?

Ya. Makanan pelengkap adalah penting. Pada usia 6 bulan, simpanan semulajadi zat besi di dalam badan bayi semakin berkurang. Jadi untuk menampung kekurangan zat besi, makanan pelengkap harus dimulakan. Susu badan sahaja tidak mampu untuk menampung zat besi yang diperlukan bayi.