was successfully added to your cart.
All Posts By

admin

Jenis Didikan Ibu Bapa

By | Uncategorized | No Comments

ANDA IBU BAPA JENIS YANG MANA SATU??

Kadang-kadang kita ibu bapa ni tak tahu apa cara terbaik untuk mendidik anak, maka Ibu bapa masing-masing mendidik anak dengan cara masing-masing. Sebenarnya cara kita mendidik anak ni telah dipecahkan dalam 4 kumpulan jenis. Tahu tak, cara kita mendidik akan bagi KESAN BESAR pada anak dan ia akan MENCORAKKAN siapa anak anda di masa hadapan. Sis akan terangkan ciri-ciri setiap jenis cara mendidik. ibu bapa cuba tengok yang mana paling kena dengan cara anda sekarang. Tak semestinya anda ada 1 cara parenting saja. anda lihat yang mana paling dominan.  Ada 4 jenis gaya keibubapaan yang wajib kita tahu. Itu langkah pertama untuk mendidik anak-anak..

4 TYPES OF PARENTING STYLE

1) Authoritarian Parents
2) Authoritative Parents
3) Permissive Parents
4) Uninvolved Parents

Teruskan membaca untuk mengenali lebih mendalam tentang keibubapaan.

(1) AUTHORITARIAN PARENTS

~ Anak hanya perlu ikut kata anda dan tak boleh argue
~ Menggunakan kuasa veto anda sebagai ibu bapa dan tiada perbincangan.
~ Tidak mahu mendengar dari pihak anak dan anggap anak melawan atau menjawab jika anak cuba bersuara.
~ SEMUA anda yang betul sebab anda makan garam dulu, anda lebih tahu.
.

Bila Ibu bapa jenis Authoritarian tetapkan sesuatu peraturan, anak-anak perlu mengikut tanpa banyak soal dan kata. Bila anak tanya “kenapa?”, ayat favourite Ibu bapa Authoritarian ialah:
.
“Because i say so!”
“Sebab mama/ayah cakap camtu!”
“Sebab mama/ayah suruh!”
.
Maka tiada ruang perbincangan untuk anak. Mereka tidak berminat untuk sebarang rundingan. Mereka percaya anak perlu mendengar kata/taat tanpa alasan. Semua perkara mereka yang putuskan dan anak tidak disertakan dalam segala hal untuk buat keputusan atau penyelesaian masalah.
.
Ibu bapa Authoritarian sering mendisiplinkan anak dengan cara hukuman pada anak tanpa ambil tahu kesan atau pandangan anak tentang hukuman yang dibuat. Mereka berpendapat, dengan hukuman anak akan ingat, takut dan takkan mengulang lagi kesilapan yang sama. Anak-anak yang membesar dengan Ibu bapa Authoritarian yang tegas akan terbentuk menjadi seorang yang patuh peraturan. TETAPI kepatuhan itu dibayar dengan masalah lain yang terbentuk dalam diri si anak.
.

Kesan jangkamasa Panjang gaya mendidik cara ini pada anak ialah:

~Anak berisiko besar untuk jadi kurang keyakinan diri kerana pendapat dan suara hatinya tidak pernah didengar dan dihargai oleh ibu bapa.
~ Anak Jadi lebih agresif kerana jiwanya memberontak dan marah yang terbuku pada ibu bapa.
~ Jiwa anak tertekan
~ Anak belajar menipu untuk lepaskan diri dari hukuman.

.

(2) AUTHORITATIVE PARENTS

~ Anda berusaha untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang positif dengan anak.
~ Anda cuba untuk tidak marah-marah kerana anda mahu membesarkan anak yang bahagia
~ Anda menetapkan sesuatu peraturan tetapi pada masa yang sama anda turut mengambil kira perasaan dan psikologi anak.
~ Anda sentiasa terangkan pada anak sebab-sebab peraturan atau arahan yang anda tetapkan.
.
Ibu bapa Authoritative menetapkan sesuatu peraturan pada anak dan mengajar mereka sebab serta kesan jika peraturan tersebut tidak diikut. Anda mendengar pendapat anak anda, mengiktiraf dan mengambil kira perasaan anak anda, dalam masa yang sama menunjukkan dengan jelas pada anak bahawa kata akhir dan keputusan adalah ditangan anda.
.
Ibu bapa authoritative melaburkan masa dan tenaga serta berusaha untuk mengelakkan masalah sikap dan sebagainya sejak dari awal. Anda menggunakan strategi keibubapaan positif untuk menanam dan menggalakkan sikap yang baik pada anak, contohnya dengan menggunakan sistem upah/hadiah (reward system) dan pujian.
.

Kesan mendidik gaya authoritative?

~ Anak jadi berdisiplin tanpa tekanan
~ Anak membesar dengan gembira dan Berjaya
~ Anak membesar jadi orang yang bertanggungjawab, lebih berkeyakinan dan berani menyuarakan pendapat (outspoken)
~ Anak pandai buat keputusan dan pandai menyelesaikan masalah

.

(3) PERMISSIVE PARENTING

~ Anda buat peraturan tetapi selalu gagal untuk melaksanakannya
~ Anda tak selalu cerita pada anak tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan
~ Anda jarang melarang anak buat sesuatu
~ Anda mudah ‘cair’ dan mengalah dengan anak
~ Anda berpendapat cara terbaik anak belajar adalah dengan sendirinya, tak perlu campur tangan anda.
.
Ibu bapa Permissive sangat berlembut dengan anak. Anda hanya masuk campur apabila masalah menjadi serius. Anda mudah memaafkan anak dan biasa cakap:
.
“Biarlah….budak-budak…”
“Biasalah… Budak-budak..” 
.
Kalau buat denda Time-out dirumah, anak seringkali dapat pelepasan awal atau dapat lepas diri terus apabila anak menangis-nangis, merayu atau meminta maaf. Anda pasti mengalah bila anak menangis nak kinder egg 
.
Ibu bapa permissive biasanya lebih macam kawan berbanding ibu/bapa. Yang bagusnya, anda jadi pendengar yang baik pada anak, anda galakkan anak untuk berkongsi masalah anda. TETAPI anda biasanya tak berusaha membetulkan atau memberi panduan apabila anak buat pilihan yang salah dalam hidup. Anda lebih kepada bersikap neutral.
.

Kesan didikan gaya ini pada anak ialah:

~ Mereka biasanya akan ‘struggle’ dalam akademik
~ Boleh menyebabkan masalah tingkah-laku kerana anak sudah biasa hidup tanpa peraturan, bebas memilih/buat apa saja tanpa kekangan.
~ anak sering dilaporkan ada masalah rendah diri dan banyak bersedih
~ anak berisiko tinggi untuk ada masalah kesihatan dan masalah gigi rosak. Sebab ibu bapa permissive tak bertegas untuk mengawal pengambilan makanan ringan dan tak sihat untuk anak. Contohnyaaa Kinder Egg yang sarat dengan gula. Ibu bapa permissive juga fikir nak bagi anak belajar bersikap ‘independent’, jadi mereka akan mengingatkan anak untuk berus gigi tetapi tidak cek untuk memastikan anak betul-betul berus gigi dan adakah anak berus gigi dengan betul.

.

(4) UNINVOLVED PARENTS

~ Anda tidak bertanya anak tentang perihal sekolah
~ Anda biasanya takt ahu anak berkawan dengan siapa, anak kemana Bersama rakan-rakan
~ Anda Jarang meluangkan masa bersama anak
~ Anda beri anak gajet supaya anak tidak menuntut perhatian anda
~ Anda tidak mencari artikel atau menggali ilmu tentang hal-hal berkaitan perkembangan anak etc.
~ Anda menyerahkan hal berkaitan anak bulat-bulat pada pihak sekolah atau nursery anak.
.
Ibu bapa uninvolved biasanya tak tahu atau kurang tahu tentang hal-hal kehidupan anak. Mereka expect anak untuk membesar dengan sendiri, belajar dengan sendiri dan belajar berdikari. Mereka sering sibuk hal lain dan tiada tumpuan, masa atau tenaga untuk anak. Mereka ada menetapkan peraturan-peraturan pada anak tetapi tiada bimbingan, pupukan dan perhatian ibu bapa.
.
Kebiasaannya ibu bapa uninvolved kurang ilmu pengetahuan tentang perkembangan anak-anak. Kadang-kala ini terjadi kerana mereka terlampau sibuk dengan perkara-perkara lain seperti masalah kerja, bayar bil, mengurus rumahtangga dan lain-lain.
.
Apabila mereka kurang dapat beri tumpuan pada anak-anak, mereka sering alih perhatian anak dengan memberikan anak gajet. Kadang kala mereka merasa bersalah pada anak dan mereka akan memberi anak duit atau membelikan anak apa sahaja yang anak kehendaki. Bagi mereka, cukup jika lihat anak gembira dengan pemberian itu. Tetapi, hakikatnya, anak perlukan ibu/bapanya, bukanlah duit dan gajet.
.

Kesan didikan gaya ini pada anak:

~ Anak mempunyai masalah rendah diri
~ Anak merasa terpinggir dan lonely
~ Anak kekurangan perhatian dan kasih saying ibu bapa.
~ Disebabkan kekurangan perhatian dan kasih saying, anak berisiko untuk jadi pelajar dan budak bermasalah (masalah social dan pembelajaran).
~ Anak mungkin akan buat bermacam masalah kerana jiwanya memberontak

********

Jadi, ibu bapa jenis yang manakah anda?
TAHNIAH jika anda ibu/bapa AUTHORITARIAN!
Jika anda bukan ibu/bapa authoritarian, jangan bersedih, masih ada ruang untuk anda ubah gaya parenting anda untuk membetulkan keadaan.

Ingatlah… Anak berjaya kerana usaha kita, anak rosak kerana kekurangan kita. Sesungguhnya masa depan anak di tangan kita ibu bapa.

SELAMAT BERUSAHA!

Menu Untuk Tambah Imun Badan

By | Uncategorized | No Comments

MAK BAPAK PLEASE TOLONG ALERT!!

Doktor kata buat masa ini TIADA UBAT mahupun VAKSIN yang boleh mengubati atau menyembuhkan HFMD!! Sudah ada kes kematian dilaporkan berpunca dari HFMD tau. Jangan main-main.

Tapi janganlah terlampau bimbang, walaupun tanpa ubat kita masih boleh melawan virus HFMD dengan cara meningkatkkan sistem imunisasi badan anak melalui pengambilan makanan seharian. Mudah mudahan dapat membantu mempercepatkan tempoh penyembuhan anak. Kalau yang belum kena tu, mudah-mudahan badan dia lebih kuat untuk menangkis virus jahat itu. Insyallah

Bagaimana caranya?
Yang penting, kita kena tingkatkan imunisasi badan dengan makanan yang TINGGI ANTIOKSIDA. Supaya yang kena HFMD cepat sihat dan yang belum kena HFMD tak terkena jangkitan.

Mari Sis kongsikan makanan immune booster yang boleh mak bapak sediakan buat anak-anak

1) Tulang ayam/lembu/kambing/ikan

Tulang ni kita buat bone broth. Bone broth ni bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mempercepatkan kadar kesembuhan . Tulang sebenarnya mengandungi bahan asas yang membentuk glutathione iaitu ibu segala antioksidan tau.

Untuk lebih mudah, mama boleh buat bone broth mengunakan kaki ayam. Lebih jimat dan praktikal. Tak payah nak pening-pening fikir nak beli tulang apa.
C
aranya mudah saja, rebus tulang dengan sedikit cuka atau apa sahaja bahan yang bersifat asid untuk mengeluarkan zat-zat dalam tulang tu. Lepas itu boleh lah dibuat minuman begitu saja atau buatlah sup. Suruh anak hirup banyak-banyak.

2) Yogurt

Yogurt ni sangat bagus especially untuk anak HFMD yang mulut penuh ulcer atau dalam bahasa German, mata ikan. Yelah, mulut ada ulcer mana ada selera nak makan kan sebab rasa tak selesa dan sakit je bila nak telan.

Jadinya kalau makan yogurt sejuk ni boleh la meredakan sikit rasa tak selesa dalam mulut.

Doktor biasanya cadang bagi makan aiskrim. Instead of bagi aiskrim, yogurt plain pilihan lebih sihat dan lebih baik untuk tubuh. Tambahan pula dia ada live active cultures yang boleh boost immune system. Kalau nak lebih sedap campurkan plain yogurt dengan sedikit puri buah. Blend plain yogurt dengan buah pilihan. Contoh buah yang sedap digandingkan dengan plain yogurt adalah seperti berries, pisang, manga, dragon fruit, atau kurma.

Tapi pastikan yogurt disuap ke mulut anak , bukan mama nya. Sedap sangat yogurt sampai tersilap mulut pula. Ahaha

3) Bawang putih

Rasanya semua pun tahu bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk melawan penyakit dan juga tingkatkan immune system. So kalau masak tu mama campur banyak banyak bawang putih ye. Tapi pastikan lepastu gosok lah gigi tau. Kalau tak nanti mulut anak tu bau bawang pula.

Cadangan untuk yang sedang melawan HFMD, boleh lah gunakan minyak bawang putih atau garlic oil yang biasa dijual dalam bentuk kapsul tu. Tuang garlic oil ke dalam bone broth/sup dan hirup sampai habis ok.

Bau bawang tak apa, kalau jadi makcik bawang lain pulak ceritanya nanti. Hehehe

4) Buahan citrus dan bewarna merah

Kalau nak tahu, buahan citrus seperti orange dan berries kaya dengan vitamin c dan antioksidan yang dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan manakala, buahan bewarna merah merah seperti tembikai merah, apple merah, strawberry dan tomato mengandungi lebih karotin dan vitamin A yang mana sangat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Jadi berilah anak-anak makan buah banyak-banyak ye.

5) Bayam dan broccoli.

Lastly, sayur bayam dan brokoli. Dua sayur ni sayur yang terbaik untuk boost immune system. Sebab dua sayur ni sangat tinggi kandungan vitamin B. Vitamin B ni bagus untuk penghasilan sel darah merah yang baru. Bila banyak sel darah yang baru dihasilkan, immune system anak pon makin kuat.

Apa lagi mama papa, jomlah pakat perang HFMD dengan tingkatkan immune system kita dan anak-anak dengan makanan yang ada, serta jaga kebersihan. Bila immune system kuat, bukan takat HFMD je, penyakit dari virus lain pun susah nak hinggap. InsyaAllah

 

Lawan HFMD Like A Pro. Siri Satu

By | Uncategorized | No Comments

ALAMAKKKK ANAK SAYA MACAM KENA HFMD!!!

BAGAIMANA NAK TAHU ANAK TERKENA HFMD ATAU TAK???

Musim HFMD sekarang ni semakin menjadi-jadi. Hingga kini dah ada 2 kematian berkait dengan HFMD . Penting untuk kita tahu tentang HFMD ni supaya kita dapat kawal keadaan dari jadi lagi teruk. Sini sis Mary nak share tentang HFMD secara mudah supaya mudah ibu bapa nak follow. Sis mary tahu ramai yang kurang faham lagi. Jadi Sis mary cuba sampaikan dengan cara yang paling simple ok?

***

HFMD puncanya dari VIRUS (enterovirus). HFMD bermaksud Hand Foot Mouth Disease. Jadi, simptom awal boleh dilihat pada mulut, tangan dan kaki.

Kalau virus ni memang MUDAH SANGAT TERSEBAR. Anak boleh terjangkit melalui:

~ Air liur
~ Cecair dari kesan lepuhan/kudis
~ Najis
~ Hingus
~ sentuhan direct kat pesakit atau permukaan benda yang dah disentuh oleh pesakit hfmd.

HFMD TAK TERSEBAR MELALUI UDARA. Hanya melalui sentuhan dengan perkara-perkara diatas. Sebab tulah ia mudah sangat tersebar di nursery dan taska.

.
SIAPA YANG BERISIKO TERJANGKIT?

Paling mudah dijangkiti oleh budak berumur 5 tahun kebawah. Orang dewasa pun boleh kena tapi biasanya tak kena kecuali kalau orang tu imunusasinya/ antibodinya lemah. Ibu mengandung juga seeloknya ambil langkah berjaga-jaga kerana antibodi sedang lemah dan virus tersebut boleh menjangkiti anak di dalam kandungan.

BAHAYA TAK?

Kebiasaannya ia bukan lah penyakit yang membahayakan nyawa tapi dalam situasi tertentu ia boleh membahayakan nyawa. Contohnya kalau anak tak mahu makan dan minum, anak boleh jadi kering air (dehydrated) dan ia mengancam nyawa. Dan segelintir HFMD boleh menyebabkan komplikasi radang otak dan jantung.

MACAM MANA NAK TAHU ANAK KENA HFMD?

1. Demam
2. Sakit tekak atau mengadu sakit mulut
3. Letih lesu
4. Sakit kepala atau perut
5. Tak selera makan
6. Cirit
7. Dehydration (kekeringan). Alert dengan tanda seperti menangis tak keluar air mata dan banyak tidur.
8. Keluar ruam di kawasan mulut kaki, tangan dan kadangkala turut ada di kemaluam dan punggung.

HARUS DIINGAT..

TAK SEMUA TANDA ADA PADA ANAK YANG TERKENA HFMD.

SIMPTOM RUAM TAK KELUAR SERTA MERTA. SEHARI DUA LEPAS DIJANGKITI BARU KELUAR RUAM. Sebab tu lah ibubapa kena tahu tanda2 lain. Tak semestinya tengok ruam sebab ruam keluar lambat.

ANAK SAYA ADA SIMPTOM. APA NAK BUAT??

1. Check tanda2 yang dinyatakan

2. Terus kuarantin anak jika nampak tanda. Kuarantin dalam tempoh 1 minggu atau sehingga dah baik.

3. Bawa jumpa doktor untuk pengesahan. Jika sudah confirm hfmd, maklumkan pada sekolah supaya sekolah boleh buat spring clean dan ambil langkah berjaga2.

4. Dirumah perhatikan anak jika ada tanda2 komplikasi. Contohnya nafas berat/susah/wheezing , kencing sikit, kurang minum air atau makan, tak sedarkan diri, sawan etc..

5. Selalu cek anak-anak yang lain jika ada simptom.

6. Bersihkan 1 rumah. Basuh sarung bantal/cadar/mainan.

7. Amalkan kebersihan. Basuh tangan sebelum/selepas makan.

8. Jika anak selsema dan batuk, pakaikan anak mask muka supaya cecair dari badan tak tersebar ke tempat lain bila bersin/batuk/lap hingus.

APA LANGKAH PENCEGAHAN YANG BOLEH DIAMBIL?

1. Elakkan bawa anak ke shopping mall/playground atau tempat ramai orang buat sementara waktu.

2. Ajar anak kerap basuh tangan, sebelum dan selepas makan.

3. Bertanya pada sekolah anak tentang langkah pencegahan yang diambil.

 

 

 

 

 

 

5 Tips Untuk Mendidik Anak Yang Konfiden. Ibubapa WAJIB Praktikkan

By | Uncategorized | No Comments

Apakah cara mengatasi anak yang cengeng dan pemalu? Bagaimanakah cara mendidik anak penakut dan pemalu? Ramai ibubapa punya anak kurang yakin dan mencari bagaimana cara meningkatkan kepercayaan diri sendiri. Ikuti tips mengatasi anak yang pemalu dalam artikel ini.

Cuba baca situasi di bawah dan samakan dengan apa yang kalian hadapi.

Geram saja rasa Puan Kay pabila anak yang beria nak turun gelongsor tadi tak jadi nak turun kerana malu dengan kanak-kanak lain yang turut sama hendak bermain gelongsor. Sudahlah tidak mahu turun, berganjak untuk memberi laluan pada kanak-kanak lain bermain pun tak mahu. Rasa ringan sahaja jari Puan Kay hendak mencubit paha Laila. Iyelah tadi kemain beria minta diteman, didukung ke atas. Bersungguh mahu main. Bila diatas, ada budak lain pun turut bermain gelongsor, terus tak jadi nak main. Tak tahu betulkah malu sangat. Takpun takut sebab budak tak dikenali berada dekat denganya.

“Turunlah, Tak apa. Mama teman Laila turun. Kawan tengah tunggu giliran nak turun juga tu” Emosi Puan Kay mula tidak stabil kerana geramkan dengan perangai Laila. Laila pula sudah mula buat keras di situ. Tak mahu turun.

Biasa tak kalian hadapi situasi macamni?

Macammana ye nak tangani masalah malu tak bertempat macam ni? Atau masalah takut berjumpa orang yang asing.

Biasanya, anak-anak ni memang dilahirkan dengan personaliti yang berbeza. Ada yang dari awal seorang yang sosial. Ada yang tidak dan perlu intervensi ibubapa untuk meningkatan konfiden dalam diri.

Sis Mary nak kongsikan 5 poin penting yang boleh kalian praktikkan dengan anak-anak. Ambil tugas mendidik anak ni berani dan pengakhiran yang cemerlang! YOSHH

_________________________

5 TIPS UNTUK MENDIDIK ANAK KONFIDEN

1. Jangan mengeluh. Tenang-tenang saja dan latih anak untuk jadi lebih konfiden. Kalau kita kerap marah mahupun mengeluh didepan mereka, boleh bawa kepada masalah psikolgi lain pula

2. Selalu bawa ke social gatherings. Ibubapa juga boleh mula ziarah kawan-kawan. Kadangkala, anak menjadi pemalu kerana dia jarang berjumpa orang-orang yang tak dikenali. Biar mereka rasa biasa dan selesa di tempat yang ramai orang.

3. Jangan push anak-anak yang sangat pemalu ini untuk mula berkawan sendiri. On top of sangat malu, mereka mungkin juga buntu untuk break the ice. Ibubapa boleh berkenalan dengan kawan anak dan ajak anak untuk turut sama dah bulatan sosial yang baru. Kita lah yang banyak bertanya dan juga memperkenalkan anak ke kawan-kawan baru. Ingat, anak belajar dengan cara melihat. Jadi kiranya, ibubapa secara tak lansung mengajar nak bagaimana hendak berkawan, dan break the ice.

4. Jangan bermain fon sepanjang masa ketika dalam social gatherings tau mak-mak ayah-ayah. Anak belajar yang tidak mengapa untuk menjadi socially awkward. Instead, kita tunjuk pada mereka, sebagai manusia, di dalam perjumpaan manusia, kita connect dengan bersembang, bergelak ketawa dan membuat kawan.

5. Join aktiviti yang melibatkan ramai orang termasuk yang ada seusia anak-anak kita. Contohnya menghadiri playgroup, bermain di taman permainan, atau berkerjasama dengan ibu-ibu lain untuk host meetups dan playgroup. Pendedahan sangat penting tau. Dan janganlah join sekali setahun. Pendedahan ini perlu kerap juga untuk bagi dia biasa.

Kita mahu ana-anak punya keyakinan diri bila diperlukan untuk berjumpa atau berurusan dengan orang lain, walaupun pada dasarnya dia seorang yang introvert. Mereka yang bersikap begini boleh dikategorikan anak-anak berpersonaliti intravert.

Kalian kena cuba buat tips diatas dan lihat kesannya, pasti tersenyum bangga sampai ke atas telinga. EH?

credit photo: Photo by Steven Libralon on Unsplash

Biskut German Cookies Yang Simple Dan Cair Dimulut | Mary Farmhouse

German Cookies Yang Cair Dimulut

By | Uncategorized | No Comments

German Cookies Yang Simple Dan Cair Di Mulut!

Pernah dengar German Cookies? Biskut ini adalah biskut yang mudah untuk dibuat dan sesuai untuk anak-anak. Budak-budak memang suka biskut yang simple dan cair di mulut ni. Bayi yang tiada gigi pun boleh makan biskut ni tau sebab tak perlu gigi pun untuk hancurkan biskut ini. Resepi mudah ini boleh juga dibuat bersama-sama dengan anak anda 🙂

Bahan-Bahan Mudah saja..

125g Unsalted butter
40g gula aising atau untuk pilihan lebih sihat, gunakan gula perang (kisar halus gula perang)
1 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila (jika tiada)
125g kanji kentang (potato starch)
80g tepung serbaguna (all purpose flour/plain flour)

Nah lihat video dibawah untuk lihat cara-cara membuat German Cookies

5 Tanda Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan

By | Food | No Comments

Mak: “Susu kamu tak cukup tu sebab tu baby tak berhenti menangis. Dia lapar..”

Nenek: “Bagilah baby tu makan bubur sikit. Mana kenyang susu aje..”

Biasa dengar ayat-ayat diatas kan?

Hehe 😊

Orang-orang lama biasanya tidak tahu tentang bila sepatutnya memulakan pemakanan pelengkap bayi. Kerana begitulah mereka diajar oleh moyang kita. Bila bayi menangis tandanya lapar, lalu dibancuh bubur kanji untuk disuap pada bayi, walaupun bayi baru masuk 2 bulan. Budaya bagi makan terlalu awal ni bahaya dan berisiko untuk bayi. Usus bayi boleh tersumbat kerana system pencernaan bayi masih belum matang untuk memproses makanan yang kompleks. Di mata kita mungkin air kanji itu tidak nampak kompleks, tetapi pada usus bayi, ia susah untuk dicerna.

Bayi dibawah 6 bulan memang disarankan untuk menyusu badan penuh. Ya memang bayi akan cepat lapar dan cepat menangis. Ini kerana perut bayi masih kecil dan susu badan sangat mudah untuk dihadam. Ibu-ibu bersabar sajalah jika bayi kerap menyusu, terutamanya bayi lelaki. Pasak di fikiran bahawa ‘Semakin kerap menyusu, semakin sihat bayi’. Jangan stres – stres ya!

Jadi bagaimana nak tahu sama ada bayi dah bersedia untuk makan atau tidak?

Perhatikan tanda-tanda dibawah pada bayi anda:

  1. Sudah boleh duduk dengan sokongan serta boleh kawal keadaan kepala dan leher dengan stabil.
  2. Menunjukkan minat pada makanan (contohnya cuba mengambil makanan dari tangan kita atau membuat aksi mengunyah)
  3. Menjadi lebih kerap lapar dari biasa, jarak antara penyusuan semakin rapat.
  4. Mampu untuk menyimpan makanan dalam mulut dan mempunyai Oral motor skill (menolak makanan ke tekak untuk ditelan)
  5. Berat bayi sudah meningkat dua kali ganda dari lahir (contoh: lahir 3kg, berat yang ideal untuk memulakan makanan pelengkap adalah 6kg)

Tanda-tanda diatas boleh mula dilihat pada bayi berusia 4 – 6 bulan. Bagaimanapun, di Malaysia guideline untuk memulakan makanan pelengkap adalah pada usia 6 bulan (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia).

Perlukah ibu beri makanan pelengkap jika susu badan ibu banyak dan cukup untuk mengenyangkan bayi?

Ya. Makanan pelengkap adalah penting. Pada usia 6 bulan, simpanan semulajadi zat besi di dalam badan bayi semakin berkurang. Jadi untuk menampung kekurangan zat besi, makanan pelengkap harus dimulakan. Susu badan sahaja tidak mampu untuk menampung zat besi yang diperlukan bayi.

 

HENTIKAN GUNA ‘BE CAREFUL’, ATAU ‘HATI-HATI’ KETIKA MENYURUH ANAK UNTUK BERHATI-HATI!!

By | Parenting | No Comments
 
Kita ibu bapa selalu nak anak berdikari. Tapi selalu risau anak-anak terdedah pada bahaya. Bila anak main panjat-panjat, anak menggunting kertas etc, Kita selalu kan cakap kat anak “careful sayang” atau “hati-hati sayang”. Tujuan kita cakap camtu sebenarnya nak anak berwaspada bila buat sesuatu tu.
 
Tapi, tak berapa bagus cakap camtu sebenarnya. Bukan tak boleh cakap camtu, cumanya ada cara yang lebih baik sebenarnya untuk bagi anak-anak aware dengan bahaya dan jadi lebih berhati-hati. kenapa jangan cakap ‘be careful’ atau ‘hati-hati’? Sebab mereka KANAK-KANAK 🙂
 
Kanak-kanak baru nak belajar tentang semua benda dalam kehidupan. Pernah dengar tak ayat “Learn the hard way”? learn the hard way ni maksudnya dah kena baru kita belajar dari kesilapan tu. Contohnya dah jatuh patah tangan baru tahu bahaya memanjat. Pernah dengar jugak tak ayat “Belajar dari pengalaman”? Kita manusia macam tu lah. Paling mudah belajar dari benda yang dah kena atau saksikan. Barulah ia rekod dalam minda dan ingat untuk lebih berhati-hati.
 
Agak-agak anak-anak sebenar-benarnya faham ke bila kita cakap..
“Hati-hati menggunting tu adik, gunting tajam nanti boleh luka.”
dia jawab…
“OK”
Tapi hakikatnya dia tak faham sangat pun ayat tu. dia tak faham pun macam mana boleh luka? Kenapa menggunting boleh luka? Dia tak nampak kaitannya pun. SEBAB DIA TAK PERNAH KENA, DIA TAK FAHAM KENAPA BOLEH CEDERA. Situasi tu susah nak digambarkan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak kecil yang masih belum banyak pengalaman.
 
Sebab tulah cara terbaik adalah kita ajar dia dan bagi dia aware persekitaran dia, apa yang dia pegang etc. Contohnya dalam bab menggunting tadi, bagi dia AWARE apa yang dia buat dan pegang:
 
“Adik tengok gunting ni. kat bahagian ni tajam sangat sebab tu boleh potong kertas ni (tunjukkan dan boleh bagi dia sentuh). Kalau bahagian tajam ni terkena jari adik, isi di jari adik pun boleh terluka dan berdarah, terpotong macam kertas tu. Jadi bila menggunting pastikan bahagian gunting ni tak kena jari adik.”
 
kemudian kita trigger otak dia untuk fikir ‘PENYELESAIAN MASALAH’
 
“Apa jadi kalau adik gunting arah begini dan begini (tunjuk contoh-contoh)?”
“Jadi macam mana adik nak elak bahagian tajam gunting tu dari terkena jari adik? cuba tunjukkan kat ummi.”
 
dan bagi dia soalan-soalan seterusnya yang akan trigger critical thinking. Boleh juga ceritakan situasi sekiranya jari terluka terkena gunting:
 
“Adik, kalau adik dah cuba dan tetap terluka, apa yang adik kena buat?”
 
bersama-sama dengan anak untuk bina solution. Tak semestinya anak dapat jawab soalan-soalan kita. Cuba untuk simplify/mudahkan lagi soalan tu kalau dia tak dapat jawab. Mungkin soalan tu terlalu susah untuk dia faham/jawab. Kita boleh tolong suggest kan jawapan untuk dia kalau dia tak dapat jawab soalan.
Ibu bapa boleh rujuk gambar dibawah untuk dapatkan idea soalan-soalan yang patut ditanya pada anak:
Bermula hari ni, jom ubah cara kita handle anak-anak. ganbatte!

AWAS! Kesalahan Potty Train Yang Sering Dilakukan Ibu Bapa

By | Parenting | 2 Comments

Proses Potty Train Jadi Lebih Mudah Jika…

Saat terbaca status teman di facebook “Yay Adam dah Berjaya diaper-free di usia 2 tahun 8 bulan!”

Mama be like….

*shock!*

*tercabar!*

*kelam-kabut sebab rasa macam dah terlambat train anak*

Kita jadi terpanggil untuk turut Potty train anak kita. Kadang kala ibu bapa terlampau teruja nak anak cepat-cepat selesai potty train hingga tak perasan bahawa mereka telah melakukan satu kesilapan yang mungkin menggagalkan usaha potty train itu. Anak juga jadi tertekan dengan keterujaan kita.

Untuk memudahkan dan melancarkan proses potty train anak, ibu bapa harus berwaspada dengan kesilapan-kesilapan dibawah (ibu bapa silakan cek kot-kot ada yang anda terbuat):

 

  1. Ibu Bapa Tidak Bersedia

 

Ini adalah kesalahan yang paling utama yang menggagalkan misi potty train anak. Apabila ibu bapa tidak cukup bersedia, ibu bapa sendiri mudah untuk mengalah dan menghentikan potty train ditengah jalan. Berhenti proses potty train di tengah jalan akan memberikan impak yang negatif pada anak dan membuatkan anak jadi semakin keliru, maka proses potty train yang nak dibuat di masa lain akan menjadi lebih sukar. Oleh itu ibu bapa bijak dinasihatkan untuk abaikan saja lah suara-suara yang menggesa anda untuk cepat-cepat potty train anak. Pegang kuat-kuat di hati bahawa, ‘anda yang lebih faham anak anda dan tahu bila masanya untuk mula’.

 

  1. Terlalu Awal

 

Potty train diusia yang terlalu awal akan memberikan kesukaran pada anda dan anak kerana anak masih belum bersedia secara emosi dan fizikal. Secara fizikal, otot yang mengawal pundi kencing masih belum matang menyebabkan anak tidak mampu untuk merasa hendak kencing atau menggumpul air kencing di pundi. Sebahagian pakar kanak-kanak mengatakan bahawa potty train terlalu awal akan menyebabkan banyak masalah mendatang antaranya kencing malam. (klik sini untuk baca tanda-tanda anak yang sudah bersedia untuk potty train)

 

  1. Mula Potty Train Pada Masa Yang Salah

 

Bila masa yang salah? Masa yang salah adalah pada bila-bila masa yang ada apa-apa perubahan besar dalam hidup anak. Contohnya, anak baru dapat adik, anak baru masuk sekolah, anak baru mula potty train tapi terpaksa stop sementara sebab nak pergi bercuti, dan sebagainya. Bila ada perubahan-perubahan dalam hidup ni, anak akan jadi lebih tertekan dan susah sikit nak sesuaikan diri, maka proses potty train jadi lebih sukar. Potty train juga tak boleh  buat sekejap-sekejap atau berhenti-berhenti. Contohnya macam terpaksa stop sebab nak pergi bercuti tu kan, anak akan jadi lebih keliru

 

  1. Memberi Tekanan Pada Anak

 

Mula-mula potty train memang sukar, tambah pula anak taknak ikut ke tandas setiap kali. Anda dah mula rasa macam nak ‘givap’. Tiba-tiba anak mula menunjukkan minat untuk ke tandas atau anak kali pertama bagitahu “nak kencing”. Anda bahagia bukan kepalang hingga nak buat lompat bintang! Tapi keesokannya anak dah tak bagi tahu lagi nak ke tandas dan terkencing dalam seluar. Anda kecewa. Anda jadi kurang sabar, marah dan paksa anak ke tandas. Anda sangka, anak sudah tahu dan pandai ‘rasa’ untuk nak ke tandas tu, maka sebab itu anda jadi marah bila anak tak bagi tahu. Anda nak proses potty train ni cepat-cepat selesai. Anda mula ‘push’ anak.

 

Perbuatan anda akan menambah tekanan pada anak. Sesuatu yang ibu bapa perlu faham adalah, anak masih di dalam proses belajar untuk rasa. Tak bermakna hari ini anak pandai bagi tahu, esok dan seterusnya anak sudah pandai bagitahu. Proses pembelajaran setiap anak berbeza. Tempoh potty train anak juga tidak sama dikalangan semua anak. Ada anak ambil masa 3 hari sahaja. Manakala ada anak yang mengambil masa 3 bulan. Bersabarlah..

 

  1. Marah Dan Menghukum Anak

 

Kemalangan buang air biasa berlaku, terutamanya pada anak yang masih dalam tempoh potty train. Jadi apa yang anda perlu lakukan dalam situasi ‘ter’ ni, berlagak cool dan tenang sahaja. Kalau rasa geram pun, usah zahirkan. Ketap gigi 10 saat dan move on. Yakinkan anak bahawa kemalangan sebegini biasa berlaku. Ini untuk mengelakkan anak jadi rasa rendah diri dan malu. Anda tak dapat capai apa-apa pun dengan memarahi dan menghukum anak jika dia tak berminat untuk potty train. Natural lah tu kalau anda hadapi progress yang lambat atau, kembali ke petak pertama. Marah atau denda hanya akan buat anak semakin tak minat dengan potty train sebab dia tengok bila dia buat silap terkencing dan sebagainya akan menyebabkan anda marah atau kecewa.

 

3 Jenis Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Potty Train

By | Parenting | No Comments

Sudah Bersediakah Anak Anda Untuk Potty Train?

Terasa macam baru semalam anda menyalin lampin bayi. Tiba-tiba hari ini dah kena fikir untuk potty train anak. Potty train/toilet train atau dalam bahasa melayu nya, latihan buang air (macam tak sedap je bunyinya kan haha ;D) bermaksud kita melatih anak untuk belajar buang air kecil atau besar di potty atau tandas dan dah tak perlu pakai lampin lagi.

Ibu bapa selalu pening fikir tak tahu dari mana nak mula potty train kan? Adakah anak anda sudah bersedia? Awas ya ibu bapa, jangan mula potty train sebelum anak bersedia. Kalau tidak ia akan menggagalkan misi potty train anak dan menjadikan proses potty train lebih sukar di kemudian hari kerana anak jadi semakin keliru.

Justeru umur berapa sepatutnya ibu bapa mulakan latihan? Sebenarnya tiada umur tertentu untuk potty train anak. Ada anak yang sudah bersedia pada umur 18 bulan, ada pula anak yang masih belum bersedia walaupun sudah berumur tiga tahun. Kebiasaannya anak lelaki lebih lewat berbanding anak perempuan atas faktor kurangnya fokus untuk buang air apabila banyak bermain. Jadi, ibu bapa usah bimbang jika lihat anak belum bersedia walaupun sudah masuk umur tiga tahun kerana perkembangan anak-anak berbeza.

Tahukah anda terdapat 3 jenis tanda anak sudah bersedia untuk potty train menurut Baby Center yang dikumpulkan mengikut kategori tanda fizikal, tanda perilaku dan tanda kognitif iaitu:

 

Tanda fizikal:

  • koordinasi badan
  • jumlah air kencing dalam satu masa
  • waktu membuang air yang boleh dijangka
  • lampin yang kering di waktu malam secara berterusan

Tanda perilaku:

  • boleh duduk diam dalam satu posisi selama 2 hingga 5 minit
  • boleh tanggal dan pakai seluar sendiri
  • tidak suka lampin basah
  • menunjukkan minat dengan tabiat tandas orang lain (suka melihat anda ke tandas atau ingin memakai seluar dalam)
  • menunjukkan minat pada najisnya sendiri
  • menunjukkan tanda fizikal atau verbal jika hendak membuang air seperti mencangkung atau memberitahu anda
  • menunjukkan tanda berdikari
  • bangga dengan pencapaian sendiri
  • tidak menolak untuk belajar menggunakan tandas

Tanda kognitif:

  • faham tanda fizikal hendak buang air
  • boleh mengikut arahan seperti ‘pergi ambilkan mainan’
  • faham nilai meletakkan semula sesuatu ditempatnya
  • boleh membahasakan air kencing atau air besar.

 

Jika anak anda sudah ada perkembangan seperti di atas (tidak semstinya perlu ada semua tanda), bermakna ia adalah masa yang sesuai untuk memulakan potty training. Jika tidak, bersabarlah dan berikan anak anda masa untuk bersedia.