was successfully added to your cart.

Brownies Fudge VS Cakey

By October 2, 2018Food

Bila sebut BROWNIES. Otak terus terbayang kek coklat yang berkedut di bahagian permukaannya dan tekak terus terasa kelazatan kek yang sedikit rapuh di bahagian luarnya tapi padat dan moist di bahagian dalam. Di tambah pula dengan rasa coklat lazat yang memenuhi di segenap ruang mulut. Aroma coklat nya yang naik memenuhi ruang dapur selepas panas-panas keluar dari oven  memang membangkitkan selera.

Kalau korang, korang suka brownies kedut yang macam mana? Iyelah sekarang ni kan macam-macam versi brownies ada. Walaupun kedutan luarannya nampak sama tapi rasa dan tekstur nya agak berbeza. Jenis brownies tu ditentukan mengikut tekstur nya. kebiasaanya, yang sis selalu dengar ada 2 jenis brownise kedut  iaitu fudge/chewy dan cakey. Hah!! Korang tahu ke apa bezanya kedua-dua jenis brownise ni? Ke korang tahu makan je. Hehehe. Dua gambar brownies ni adalah gambar brownies jenis cakey dan fudge/chewy.

         

Brownies  cakey                                                   Brownies jenis fudge/chewy

Sis ni tak ada lah tahu sangat. Tapi sikit-sikit kalau nak sis kongsikan ilmu baking dengan korang bolehlah.

Kalau nak tahu tekstur brownies ni dipengaruhi oleh jumlah lemak (butter) dan coklat yang korang gunakan semasa pembuatnya.

Sis share secara ringkas je ye. Kalau tulis panjang-panjang bukannya korang baca pun.

Brownies jenis fudge mempunyai jumlah lemak yang tinggi dari butter dan coklat yang digunakan. Sebab itu, tekstur fudge brownies akan lebih  padat serta warnanya lebih gelap disebabkan jumlah coklat yang ditambah dari yang biasa. Disebabkan tekstur yang agak padat silap-silap korang ingat brownies tu tak masak lagi. Hahaha. Tapi sebenarnya memang teksturnya begitu. Penggemar coklat macam sis memang jatuh cinta berkali-kali lah kalau makan fudge brownies ni.

Berdasarkan pengalaman sis, fudge brownies ni mengambil masa masak yang agak lama sedikit 35 – 45 minit untuk masak dengan suhu 175° – 180° Celcius.

Untuk cakey brownies pula, teksturnya kurang padat berbanding fudgy dan lebih ringan kerana mempunyai kandungan tepung yang lebih tinggi dan ia bergantung kepada serbuk baking sebagai bahan penaik. Selepas masak, cakey brownies kelihatan lebih ber ‘volume’ dari fudge brownies.

Masa memasaknya juga lebih singkat (30 minit) dan tekstur cakey brownies lebih ringan. Tapi tidak lah seperti kek coklat biasa, ia masih brownies yang padat cuma akan ada ruang-ruang udara yang kecil kerana kurang lemak dan coklat.

Tekstur fudge brownies korang akan dapat kalau korang gunakan coklat dan butter yang banyak. Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni untuk tengok perbezaan antara cakey dengan fudge brownies.

Itulah serba sedikit yang sis boleh kongsikan dengan korang tentang perbezaan antara fudge dan cakey brownies. Brownies yang mana paling sedap??? Haaa jangan tanya sis. Semuanya atas selera masing-masing.

Kalau korang ada resepi brownies yang sedap dan mudah dibuat boleh share di ruangan komen ye.

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply