was successfully added to your cart.

5 Resepi Ayam Panggang Yang Mudah Dan Sedap

By September 27, 2018Food

Pernah tak korang rasa macam nak give up je bila tengah on diet?? Sebabnya, hari-hari asyik makan makanan yang lebih kurang sama dan membosankan?? Tengok pula kawan-kawan semua makan makanan yang sedap-sedap belaka. Alahai memang mengoncang keimanan kan. Huhuhu. Jangan risau sis paham perasaan tu.

Tapi lepas ni jangan risau, dengan 5 resepi ayam panggang yang mudah dan sedap, yang akan sis kongsikan ni korang takkan rasa bosan dah dengan menu diet harian korang. Walaupun sebenarnya korang boleh je beli bahan perap ayam panggang ni kat kedai, tapi sis tak galakkan sebab bahan perap ayam panggang yang dijual dipasaraya tidak begitu sihat sebab tinggi kandungan sodium dan bahan pengawitnya. Sis syorkan korang buat je sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang senang pastinya ia akan lebih sihat. Sis harap, dengan perkongsian resepi ayam panggang yang mudah dan sedap ni dapatlah memberikan korang idea untuk mempelbagaikan masakan ayam korang supaya tak lagi membosankan.

Untuk penyimpanan gunakan beg plastic atau mangkuk yang bertutup. Tujuannya adalah untuk mengekalkan jus dan rasa ayam semaksima yang mungkin. Sis cadangkan korang gunakan je plastik IKEA (zip lock) macam dalam gambar ni. Lebih mudah dan praktikal. Jimat ruang peti ais di rumah tu.

Sumber : google.com

Kalau rajin hujung minggu tu korang siapkan terus perapan untuk seminggu macam dalam gambar ni ha. Jangan lupa tuliskan nama dan tarikh ye lepas tu simpan dalam freezer. Nak makan, pilih je perapan yang mana korang nak dan thaw 2 jam sebelum nak masak. Sangat menjimatkan masa korang nak masak nanti percayalah cakap sis. Hehe.

Sumber: google.com

Rasepi ni ada yang sumber asalnya sis dapat dari google, tapi ada yang sis dah olah mengikut kesesuaian citarasa dan pastinya lebih sihat.

1) Lemon black pepper chicken marinade

Sumber: Delish.com

Bahan-bahannya:

2 keping dada ayam

1 tbs parutan lemon

3 tbs jus lemon

2 ulas bawan putih (dicincang)

1 tbs lada hitam (ditumbuk kasar)

1/2 tsp garam

2 tbsp. olive oil

Cara-caranya:

  1. Campurkan parutan lemon, jus lemon, bawang putih, lada hitam garam dan olive oil ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

2) Honey garlic chicken marinade

Sumber : theracepiecritic.com

Bahan-bahannya:

2 keping dada ayam

2 ulas bawang putih ( dicincang)

1/4 cawan madu

2 tbs kicap

2 tbs olive oil

Cara-caranya:

  1. Campurkan madu, kicap, bawang putih dan olive oil ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.

3. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

3) Cayenne chicken marinade

Sumber: goggle.com

Bahan-bahannya:

4 keping dada ayam

1/4 cawan madu

1/2 tbs serbuk mustard

1/2 tsp paprika

1/2 tsp garam

1/2 tsp lada hitam (ditumbuk kasar)

2 tsp cuka apple

1/2 tsp serbuk bawang putih

1/4 tsp serbuk cayenne

1 tbs olive oil

Cara-caranya:

  1. Campurkan madu, serbuk mustard, paprika, garam,kada hitam, bawang putih,cayenne, cuka apple dan olive oil ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

4) Cajun chicken marinade

Sumber : google.com

Bahan-bahannya:

500g – 700g ayam

1 ½ tsp serbuk bawang

1 tsp serbuk bawang putih

1 tsp garam

1/2 tsp paprika (lebihkan jika nak pedas)

1/2 lada hitam

1 tsp gula

1 tbs madu

1 tbs mentega (cair)

Cara-caranya:

  1. Campurkan serbuk bawang, serbuk bawang putih,madu, paprika, garam,lada hitam, gula, butter yang telah dicairkan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  1. Masukkan ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

5) Tandoori chicken marinade

Sumber : google.com

Bahan-bahannya:

2 ketul ayam (bahagian whole leg)

1⁄2 cawan plain yoghurt

1 tbs perahan jus lemon

1/2 tbs serbuk halia

1/2 tbs serbuk bawang putih

1⁄2 tsp garam

1 tsp ketumbar

1/2 tsp kunyit

1⁄2 tsp jintan

1 tsp lada hitam

1 tsp serbuk cayenne

2 tbs mentega cair

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan plain yohgurt,jus lemon, serbuk halia, seruk bawang putih, garam, ketumbar, kunyit, jintan lada hitam , serbuk cayenne dan mentega cair ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  1. Masukkan dada ayam bersama-sama dengan bahan perapan tadi ke dalam beg plastic zip lock. Keluarkan udara yang ada dan pastikan bahan perapan menyaluti dada ayam.
  1. Perap di dalam peti ais bahagian chiller sekurangnya 30 minit

Hah apa lagi?? Simpan resepi ni dan jom cuba hujung minggu ni.

Selamat mencuba!!

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply