was successfully added to your cart.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur Yang Mudah dan Sedap

By September 24, 2018Food

Semalam kan sis rasa teringin sangat nak makan kek. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab faktor perubahan hormon kot. Maklum lah nak masuk pertengahan bulan (baca: nak datang bulan) mula lah nak craving macam-macam. Hehe. Korang macam tu tak??

Banyak-banyak kek sis teringin sangat nak makan kek coklat. Tapi bukan kek yang mahal-mahal tu. Nak kek coklat moist yang simple tu je. Jadi membazir pulak rasanya kalau sis gi beli kek Secret Recipe tu. Sepotong dah harga RM8 lebih.  Baik kita buat sendiri, jimat pun jimat. Hehe

Jadi pagi-pagi lagi sis dah semangat masuk dapur nak membaking.  Sekali baru je nak mula buat, tengok-tengok telur tak ada dah habis. Oh No!!!Frustnya sis rasa masa tu. Sob sob sob. Iyelah kalau tak ada telur macam mana nak buat kek kan.

Korang tahu tak apa fungsi telur dalam pembuatan kek?

Meh sis share. Untuk siapa yang tak tahu telur ni berfungsi untuk beri kelembapan pada kek. Selain tu juga,telur ni berfungsi sebagai bahan pelekat dan bahan penaik kerana buih-buih telur yang terhasil selepas dipukul  itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu.

Tapi tak apa, sebenarnya kalau tak ada telur kita masih boleh buat kek yang sedap tau. Bukan setakat kek je korang boleh juga buat cookies, roti dan macam-macam lagi lah tanpa menggunakan walaupun sebiji telur. Hah menarik kan.

Tapi hanya bahan-bahan tertentu saja lah yang boleh menggantikan telur. Kat bawah ni ada senarai bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan buat korang untuk gantikan telur mengikut jenis makanan yang korang nak buat. Tapi apepun, jadual ni rujukan saja,  korang perlu try and error  untuk dapatkan tekstur yang menepati citarasa korang ok.

Sumber: https://www.egglesscooking.com/egg-substitutes/

Pada pendapat sis, bahan penganti telur ni penting juga untuk kita tahu, sebab bila-bila ada kecemasan contoh telur habis atau anak allergic telur ke, sekurang-kurangnya kita ada alternative lain untuk gantikan telur tu.  Tak adalah terbantut nak masak apa-apa. Betul tak?

Nanti sis kongsikan satu resepi kek coklat moist kukus tanpa telur yang sedap. Resepi kek coklat moist kukus tanpa telur ni sangat menepati citarasa untuk  peminat kek coklat  tapi  alah pula dengan telur. Resepi ni paling mudah, ringkas dan hanya menggunakan bahan-bahan yang asas je. Disebbabkan telur tiada sis gantikan dengan buttermilk. Buttermilk ni adalah campuran susu segar dan jus lemon. kek yang guna buttermilk akan  jadi lebih  lembut, gebu dan hmmm yummy.

Jadi jangan risau, resepi ini tidak akan mengecewakan korang. Rasanya akan tetap sedap walaupun tiada telur.

Sumber: resepimudah.com

 

RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS TANPA TELUR

 

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum

1/4 cawan serbuk koko

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/4 sudu teh garam ( secukupnya )

3/4 cawan gula

2 sudu besar coklat cip

1 cawan susu segar ( 250 ml ) – better guna susu sejuk dlm fridge

1 sudu besar jus lemon

1/2 sudu besar esen vanilla

1/4 cawan minyak

 

Cara membuatnya :

 

  • Panaskan pengukus terlebih dahulu
  • Masukkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat,serbuk koko yang diayak dalam bekas dan gaulkan sebati.
  • Campurkan terlebih dahulu susu segar dan jus lemon, biarkan selama 5-10 minit. Kemudian masukkan gula,esen vanila,garam serta minyak dan pukul hingga sebati. Sedikit demi sedikit tambah bahan kering yang telah diayak tadi.
  • Setelah itu,masukkan cip coklat dan pukul lagi sehinggalah semuanya sebati.
  • Sediakan loyang segiempat dan sapukan mentega pada dasar loyang tersebut.
  • Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.
  • Kukus atau bakar selama 35-40 minit sehingga masak.

UNTUK TOPPING :

  • Masukkan coklat masakan dan sedikit susu segar ke dalam bekas dan panaskan guna kaedah doule boiler. Kalau malas masukan je dalam microwave sebentar.  Biarkan cair dan kacau sedikit kemudian toppingkan atas kek coklat, taburkan juga coklat urai sebagai hiasan.  Siap!!

Tips: kalau nk tau kek dah masak sempurna atau belum : Cucuk kek dengan lidi sate dan keluarkan lidi. Kalau bersih lidinya maksudnya kek dah masak  sempurna,tp kalu masih melekat isi kek pada lisi tu. kek tak masak lg.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply