was successfully added to your cart.

Jenis Didikan Ibu Bapa

By August 17, 2018Uncategorized

ANDA IBU BAPA JENIS YANG MANA SATU??

Kadang-kadang kita ibu bapa ni tak tahu apa cara terbaik untuk mendidik anak, maka Ibu bapa masing-masing mendidik anak dengan cara masing-masing. Sebenarnya cara kita mendidik anak ni telah dipecahkan dalam 4 kumpulan jenis. Tahu tak, cara kita mendidik akan bagi KESAN BESAR pada anak dan ia akan MENCORAKKAN siapa anak anda di masa hadapan. Sis akan terangkan ciri-ciri setiap jenis cara mendidik. ibu bapa cuba tengok yang mana paling kena dengan cara anda sekarang. Tak semestinya anda ada 1 cara parenting saja. anda lihat yang mana paling dominan.  Ada 4 jenis gaya keibubapaan yang wajib kita tahu. Itu langkah pertama untuk mendidik anak-anak..

4 TYPES OF PARENTING STYLE

1) Authoritarian Parents
2) Authoritative Parents
3) Permissive Parents
4) Uninvolved Parents

Teruskan membaca untuk mengenali lebih mendalam tentang keibubapaan.

(1) AUTHORITARIAN PARENTS

~ Anak hanya perlu ikut kata anda dan tak boleh argue
~ Menggunakan kuasa veto anda sebagai ibu bapa dan tiada perbincangan.
~ Tidak mahu mendengar dari pihak anak dan anggap anak melawan atau menjawab jika anak cuba bersuara.
~ SEMUA anda yang betul sebab anda makan garam dulu, anda lebih tahu.
.

Bila Ibu bapa jenis Authoritarian tetapkan sesuatu peraturan, anak-anak perlu mengikut tanpa banyak soal dan kata. Bila anak tanya “kenapa?”, ayat favourite Ibu bapa Authoritarian ialah:
.
“Because i say so!”
“Sebab mama/ayah cakap camtu!”
“Sebab mama/ayah suruh!”
.
Maka tiada ruang perbincangan untuk anak. Mereka tidak berminat untuk sebarang rundingan. Mereka percaya anak perlu mendengar kata/taat tanpa alasan. Semua perkara mereka yang putuskan dan anak tidak disertakan dalam segala hal untuk buat keputusan atau penyelesaian masalah.
.
Ibu bapa Authoritarian sering mendisiplinkan anak dengan cara hukuman pada anak tanpa ambil tahu kesan atau pandangan anak tentang hukuman yang dibuat. Mereka berpendapat, dengan hukuman anak akan ingat, takut dan takkan mengulang lagi kesilapan yang sama. Anak-anak yang membesar dengan Ibu bapa Authoritarian yang tegas akan terbentuk menjadi seorang yang patuh peraturan. TETAPI kepatuhan itu dibayar dengan masalah lain yang terbentuk dalam diri si anak.
.

Kesan jangkamasa Panjang gaya mendidik cara ini pada anak ialah:

~Anak berisiko besar untuk jadi kurang keyakinan diri kerana pendapat dan suara hatinya tidak pernah didengar dan dihargai oleh ibu bapa.
~ Anak Jadi lebih agresif kerana jiwanya memberontak dan marah yang terbuku pada ibu bapa.
~ Jiwa anak tertekan
~ Anak belajar menipu untuk lepaskan diri dari hukuman.

.

(2) AUTHORITATIVE PARENTS

~ Anda berusaha untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang positif dengan anak.
~ Anda cuba untuk tidak marah-marah kerana anda mahu membesarkan anak yang bahagia
~ Anda menetapkan sesuatu peraturan tetapi pada masa yang sama anda turut mengambil kira perasaan dan psikologi anak.
~ Anda sentiasa terangkan pada anak sebab-sebab peraturan atau arahan yang anda tetapkan.
.
Ibu bapa Authoritative menetapkan sesuatu peraturan pada anak dan mengajar mereka sebab serta kesan jika peraturan tersebut tidak diikut. Anda mendengar pendapat anak anda, mengiktiraf dan mengambil kira perasaan anak anda, dalam masa yang sama menunjukkan dengan jelas pada anak bahawa kata akhir dan keputusan adalah ditangan anda.
.
Ibu bapa authoritative melaburkan masa dan tenaga serta berusaha untuk mengelakkan masalah sikap dan sebagainya sejak dari awal. Anda menggunakan strategi keibubapaan positif untuk menanam dan menggalakkan sikap yang baik pada anak, contohnya dengan menggunakan sistem upah/hadiah (reward system) dan pujian.
.

Kesan mendidik gaya authoritative?

~ Anak jadi berdisiplin tanpa tekanan
~ Anak membesar dengan gembira dan Berjaya
~ Anak membesar jadi orang yang bertanggungjawab, lebih berkeyakinan dan berani menyuarakan pendapat (outspoken)
~ Anak pandai buat keputusan dan pandai menyelesaikan masalah

.

(3) PERMISSIVE PARENTING

~ Anda buat peraturan tetapi selalu gagal untuk melaksanakannya
~ Anda tak selalu cerita pada anak tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan
~ Anda jarang melarang anak buat sesuatu
~ Anda mudah ‘cair’ dan mengalah dengan anak
~ Anda berpendapat cara terbaik anak belajar adalah dengan sendirinya, tak perlu campur tangan anda.
.
Ibu bapa Permissive sangat berlembut dengan anak. Anda hanya masuk campur apabila masalah menjadi serius. Anda mudah memaafkan anak dan biasa cakap:
.
“Biarlah….budak-budak…”
“Biasalah… Budak-budak..” 
.
Kalau buat denda Time-out dirumah, anak seringkali dapat pelepasan awal atau dapat lepas diri terus apabila anak menangis-nangis, merayu atau meminta maaf. Anda pasti mengalah bila anak menangis nak kinder egg 
.
Ibu bapa permissive biasanya lebih macam kawan berbanding ibu/bapa. Yang bagusnya, anda jadi pendengar yang baik pada anak, anda galakkan anak untuk berkongsi masalah anda. TETAPI anda biasanya tak berusaha membetulkan atau memberi panduan apabila anak buat pilihan yang salah dalam hidup. Anda lebih kepada bersikap neutral.
.

Kesan didikan gaya ini pada anak ialah:

~ Mereka biasanya akan ‘struggle’ dalam akademik
~ Boleh menyebabkan masalah tingkah-laku kerana anak sudah biasa hidup tanpa peraturan, bebas memilih/buat apa saja tanpa kekangan.
~ anak sering dilaporkan ada masalah rendah diri dan banyak bersedih
~ anak berisiko tinggi untuk ada masalah kesihatan dan masalah gigi rosak. Sebab ibu bapa permissive tak bertegas untuk mengawal pengambilan makanan ringan dan tak sihat untuk anak. Contohnyaaa Kinder Egg yang sarat dengan gula. Ibu bapa permissive juga fikir nak bagi anak belajar bersikap ‘independent’, jadi mereka akan mengingatkan anak untuk berus gigi tetapi tidak cek untuk memastikan anak betul-betul berus gigi dan adakah anak berus gigi dengan betul.

.

(4) UNINVOLVED PARENTS

~ Anda tidak bertanya anak tentang perihal sekolah
~ Anda biasanya takt ahu anak berkawan dengan siapa, anak kemana Bersama rakan-rakan
~ Anda Jarang meluangkan masa bersama anak
~ Anda beri anak gajet supaya anak tidak menuntut perhatian anda
~ Anda tidak mencari artikel atau menggali ilmu tentang hal-hal berkaitan perkembangan anak etc.
~ Anda menyerahkan hal berkaitan anak bulat-bulat pada pihak sekolah atau nursery anak.
.
Ibu bapa uninvolved biasanya tak tahu atau kurang tahu tentang hal-hal kehidupan anak. Mereka expect anak untuk membesar dengan sendiri, belajar dengan sendiri dan belajar berdikari. Mereka sering sibuk hal lain dan tiada tumpuan, masa atau tenaga untuk anak. Mereka ada menetapkan peraturan-peraturan pada anak tetapi tiada bimbingan, pupukan dan perhatian ibu bapa.
.
Kebiasaannya ibu bapa uninvolved kurang ilmu pengetahuan tentang perkembangan anak-anak. Kadang-kala ini terjadi kerana mereka terlampau sibuk dengan perkara-perkara lain seperti masalah kerja, bayar bil, mengurus rumahtangga dan lain-lain.
.
Apabila mereka kurang dapat beri tumpuan pada anak-anak, mereka sering alih perhatian anak dengan memberikan anak gajet. Kadang kala mereka merasa bersalah pada anak dan mereka akan memberi anak duit atau membelikan anak apa sahaja yang anak kehendaki. Bagi mereka, cukup jika lihat anak gembira dengan pemberian itu. Tetapi, hakikatnya, anak perlukan ibu/bapanya, bukanlah duit dan gajet.
.

Kesan didikan gaya ini pada anak:

~ Anak mempunyai masalah rendah diri
~ Anak merasa terpinggir dan lonely
~ Anak kekurangan perhatian dan kasih saying ibu bapa.
~ Disebabkan kekurangan perhatian dan kasih saying, anak berisiko untuk jadi pelajar dan budak bermasalah (masalah social dan pembelajaran).
~ Anak mungkin akan buat bermacam masalah kerana jiwanya memberontak

********

Jadi, ibu bapa jenis yang manakah anda?
TAHNIAH jika anda ibu/bapa AUTHORITARIAN!
Jika anda bukan ibu/bapa authoritarian, jangan bersedih, masih ada ruang untuk anda ubah gaya parenting anda untuk membetulkan keadaan.

Ingatlah… Anak berjaya kerana usaha kita, anak rosak kerana kekurangan kita. Sesungguhnya masa depan anak di tangan kita ibu bapa.

SELAMAT BERUSAHA!

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply