was successfully added to your cart.

Lawan HFMD Like A Pro. Siri Satu

By August 5, 2018Uncategorized

ALAMAKKKK ANAK SAYA MACAM KENA HFMD!!!

BAGAIMANA NAK TAHU ANAK TERKENA HFMD ATAU TAK???

Musim HFMD sekarang ni semakin menjadi-jadi. Hingga kini dah ada 2 kematian berkait dengan HFMD . Penting untuk kita tahu tentang HFMD ni supaya kita dapat kawal keadaan dari jadi lagi teruk. Sini sis Mary nak share tentang HFMD secara mudah supaya mudah ibu bapa nak follow. Sis mary tahu ramai yang kurang faham lagi. Jadi Sis mary cuba sampaikan dengan cara yang paling simple ok?

***

HFMD puncanya dari VIRUS (enterovirus). HFMD bermaksud Hand Foot Mouth Disease. Jadi, simptom awal boleh dilihat pada mulut, tangan dan kaki.

Kalau virus ni memang MUDAH SANGAT TERSEBAR. Anak boleh terjangkit melalui:

~ Air liur
~ Cecair dari kesan lepuhan/kudis
~ Najis
~ Hingus
~ sentuhan direct kat pesakit atau permukaan benda yang dah disentuh oleh pesakit hfmd.

HFMD TAK TERSEBAR MELALUI UDARA. Hanya melalui sentuhan dengan perkara-perkara diatas. Sebab tulah ia mudah sangat tersebar di nursery dan taska.

.
SIAPA YANG BERISIKO TERJANGKIT?

Paling mudah dijangkiti oleh budak berumur 5 tahun kebawah. Orang dewasa pun boleh kena tapi biasanya tak kena kecuali kalau orang tu imunusasinya/ antibodinya lemah. Ibu mengandung juga seeloknya ambil langkah berjaga-jaga kerana antibodi sedang lemah dan virus tersebut boleh menjangkiti anak di dalam kandungan.

BAHAYA TAK?

Kebiasaannya ia bukan lah penyakit yang membahayakan nyawa tapi dalam situasi tertentu ia boleh membahayakan nyawa. Contohnya kalau anak tak mahu makan dan minum, anak boleh jadi kering air (dehydrated) dan ia mengancam nyawa. Dan segelintir HFMD boleh menyebabkan komplikasi radang otak dan jantung.

MACAM MANA NAK TAHU ANAK KENA HFMD?

1. Demam
2. Sakit tekak atau mengadu sakit mulut
3. Letih lesu
4. Sakit kepala atau perut
5. Tak selera makan
6. Cirit
7. Dehydration (kekeringan). Alert dengan tanda seperti menangis tak keluar air mata dan banyak tidur.
8. Keluar ruam di kawasan mulut kaki, tangan dan kadangkala turut ada di kemaluam dan punggung.

HARUS DIINGAT..

TAK SEMUA TANDA ADA PADA ANAK YANG TERKENA HFMD.

SIMPTOM RUAM TAK KELUAR SERTA MERTA. SEHARI DUA LEPAS DIJANGKITI BARU KELUAR RUAM. Sebab tu lah ibubapa kena tahu tanda2 lain. Tak semestinya tengok ruam sebab ruam keluar lambat.

ANAK SAYA ADA SIMPTOM. APA NAK BUAT??

1. Check tanda2 yang dinyatakan

2. Terus kuarantin anak jika nampak tanda. Kuarantin dalam tempoh 1 minggu atau sehingga dah baik.

3. Bawa jumpa doktor untuk pengesahan. Jika sudah confirm hfmd, maklumkan pada sekolah supaya sekolah boleh buat spring clean dan ambil langkah berjaga2.

4. Dirumah perhatikan anak jika ada tanda2 komplikasi. Contohnya nafas berat/susah/wheezing , kencing sikit, kurang minum air atau makan, tak sedarkan diri, sawan etc..

5. Selalu cek anak-anak yang lain jika ada simptom.

6. Bersihkan 1 rumah. Basuh sarung bantal/cadar/mainan.

7. Amalkan kebersihan. Basuh tangan sebelum/selepas makan.

8. Jika anak selsema dan batuk, pakaikan anak mask muka supaya cecair dari badan tak tersebar ke tempat lain bila bersin/batuk/lap hingus.

APA LANGKAH PENCEGAHAN YANG BOLEH DIAMBIL?

1. Elakkan bawa anak ke shopping mall/playground atau tempat ramai orang buat sementara waktu.

2. Ajar anak kerap basuh tangan, sebelum dan selepas makan.

3. Bertanya pada sekolah anak tentang langkah pencegahan yang diambil.

 

 

 

 

 

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply