was successfully added to your cart.

5 Tanda Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan

By February 20, 2018Food

Mak: “Susu kamu tak cukup tu sebab tu baby tak berhenti menangis. Dia lapar..”

Nenek: “Bagilah baby tu makan bubur sikit. Mana kenyang susu aje..”

Biasa dengar ayat-ayat diatas kan?

Hehe 😊

Orang-orang lama biasanya tidak tahu tentang bila sepatutnya memulakan pemakanan pelengkap bayi. Kerana begitulah mereka diajar oleh moyang kita. Bila bayi menangis tandanya lapar, lalu dibancuh bubur kanji untuk disuap pada bayi, walaupun bayi baru masuk 2 bulan. Budaya bagi makan terlalu awal ni bahaya dan berisiko untuk bayi. Usus bayi boleh tersumbat kerana system pencernaan bayi masih belum matang untuk memproses makanan yang kompleks. Di mata kita mungkin air kanji itu tidak nampak kompleks, tetapi pada usus bayi, ia susah untuk dicerna.

Bayi dibawah 6 bulan memang disarankan untuk menyusu badan penuh. Ya memang bayi akan cepat lapar dan cepat menangis. Ini kerana perut bayi masih kecil dan susu badan sangat mudah untuk dihadam. Ibu-ibu bersabar sajalah jika bayi kerap menyusu, terutamanya bayi lelaki. Pasak di fikiran bahawa ‘Semakin kerap menyusu, semakin sihat bayi’. Jangan stres – stres ya!

Jadi bagaimana nak tahu sama ada bayi dah bersedia untuk makan atau tidak?

Perhatikan tanda-tanda dibawah pada bayi anda:

  1. Sudah boleh duduk dengan sokongan serta boleh kawal keadaan kepala dan leher dengan stabil.
  2. Menunjukkan minat pada makanan (contohnya cuba mengambil makanan dari tangan kita atau membuat aksi mengunyah)
  3. Menjadi lebih kerap lapar dari biasa, jarak antara penyusuan semakin rapat.
  4. Mampu untuk menyimpan makanan dalam mulut dan mempunyai Oral motor skill (menolak makanan ke tekak untuk ditelan)
  5. Berat bayi sudah meningkat dua kali ganda dari lahir (contoh: lahir 3kg, berat yang ideal untuk memulakan makanan pelengkap adalah 6kg)

Tanda-tanda diatas boleh mula dilihat pada bayi berusia 4 – 6 bulan. Bagaimanapun, di Malaysia guideline untuk memulakan makanan pelengkap adalah pada usia 6 bulan (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia).

Perlukah ibu beri makanan pelengkap jika susu badan ibu banyak dan cukup untuk mengenyangkan bayi?

Ya. Makanan pelengkap adalah penting. Pada usia 6 bulan, simpanan semulajadi zat besi di dalam badan bayi semakin berkurang. Jadi untuk menampung kekurangan zat besi, makanan pelengkap harus dimulakan. Susu badan sahaja tidak mampu untuk menampung zat besi yang diperlukan bayi.

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply