was successfully added to your cart.

AWAS! Kesalahan Potty Train Yang Sering Dilakukan Ibu Bapa

By January 15, 2018Parenting

Proses Potty Train Jadi Lebih Mudah Jika…

Saat terbaca status teman di facebook “Yay Adam dah Berjaya diaper-free di usia 2 tahun 8 bulan!”

Mama be like….

*shock!*

*tercabar!*

*kelam-kabut sebab rasa macam dah terlambat train anak*

Kita jadi terpanggil untuk turut Potty train anak kita. Kadang kala ibu bapa terlampau teruja nak anak cepat-cepat selesai potty train hingga tak perasan bahawa mereka telah melakukan satu kesilapan yang mungkin menggagalkan usaha potty train itu. Anak juga jadi tertekan dengan keterujaan kita.

Untuk memudahkan dan melancarkan proses potty train anak, ibu bapa harus berwaspada dengan kesilapan-kesilapan dibawah (ibu bapa silakan cek kot-kot ada yang anda terbuat):

 

  1. Ibu Bapa Tidak Bersedia

 

Ini adalah kesalahan yang paling utama yang menggagalkan misi potty train anak. Apabila ibu bapa tidak cukup bersedia, ibu bapa sendiri mudah untuk mengalah dan menghentikan potty train ditengah jalan. Berhenti proses potty train di tengah jalan akan memberikan impak yang negatif pada anak dan membuatkan anak jadi semakin keliru, maka proses potty train yang nak dibuat di masa lain akan menjadi lebih sukar. Oleh itu ibu bapa bijak dinasihatkan untuk abaikan saja lah suara-suara yang menggesa anda untuk cepat-cepat potty train anak. Pegang kuat-kuat di hati bahawa, ‘anda yang lebih faham anak anda dan tahu bila masanya untuk mula’.

 

  1. Terlalu Awal

 

Potty train diusia yang terlalu awal akan memberikan kesukaran pada anda dan anak kerana anak masih belum bersedia secara emosi dan fizikal. Secara fizikal, otot yang mengawal pundi kencing masih belum matang menyebabkan anak tidak mampu untuk merasa hendak kencing atau menggumpul air kencing di pundi. Sebahagian pakar kanak-kanak mengatakan bahawa potty train terlalu awal akan menyebabkan banyak masalah mendatang antaranya kencing malam. (klik sini untuk baca tanda-tanda anak yang sudah bersedia untuk potty train)

 

  1. Mula Potty Train Pada Masa Yang Salah

 

Bila masa yang salah? Masa yang salah adalah pada bila-bila masa yang ada apa-apa perubahan besar dalam hidup anak. Contohnya, anak baru dapat adik, anak baru masuk sekolah, anak baru mula potty train tapi terpaksa stop sementara sebab nak pergi bercuti, dan sebagainya. Bila ada perubahan-perubahan dalam hidup ni, anak akan jadi lebih tertekan dan susah sikit nak sesuaikan diri, maka proses potty train jadi lebih sukar. Potty train juga tak boleh  buat sekejap-sekejap atau berhenti-berhenti. Contohnya macam terpaksa stop sebab nak pergi bercuti tu kan, anak akan jadi lebih keliru

 

  1. Memberi Tekanan Pada Anak

 

Mula-mula potty train memang sukar, tambah pula anak taknak ikut ke tandas setiap kali. Anda dah mula rasa macam nak ‘givap’. Tiba-tiba anak mula menunjukkan minat untuk ke tandas atau anak kali pertama bagitahu “nak kencing”. Anda bahagia bukan kepalang hingga nak buat lompat bintang! Tapi keesokannya anak dah tak bagi tahu lagi nak ke tandas dan terkencing dalam seluar. Anda kecewa. Anda jadi kurang sabar, marah dan paksa anak ke tandas. Anda sangka, anak sudah tahu dan pandai ‘rasa’ untuk nak ke tandas tu, maka sebab itu anda jadi marah bila anak tak bagi tahu. Anda nak proses potty train ni cepat-cepat selesai. Anda mula ‘push’ anak.

 

Perbuatan anda akan menambah tekanan pada anak. Sesuatu yang ibu bapa perlu faham adalah, anak masih di dalam proses belajar untuk rasa. Tak bermakna hari ini anak pandai bagi tahu, esok dan seterusnya anak sudah pandai bagitahu. Proses pembelajaran setiap anak berbeza. Tempoh potty train anak juga tidak sama dikalangan semua anak. Ada anak ambil masa 3 hari sahaja. Manakala ada anak yang mengambil masa 3 bulan. Bersabarlah..

 

  1. Marah Dan Menghukum Anak

 

Kemalangan buang air biasa berlaku, terutamanya pada anak yang masih dalam tempoh potty train. Jadi apa yang anda perlu lakukan dalam situasi ‘ter’ ni, berlagak cool dan tenang sahaja. Kalau rasa geram pun, usah zahirkan. Ketap gigi 10 saat dan move on. Yakinkan anak bahawa kemalangan sebegini biasa berlaku. Ini untuk mengelakkan anak jadi rasa rendah diri dan malu. Anda tak dapat capai apa-apa pun dengan memarahi dan menghukum anak jika dia tak berminat untuk potty train. Natural lah tu kalau anda hadapi progress yang lambat atau, kembali ke petak pertama. Marah atau denda hanya akan buat anak semakin tak minat dengan potty train sebab dia tengok bila dia buat silap terkencing dan sebagainya akan menyebabkan anda marah atau kecewa.

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

2 Comments

Leave a Reply