was successfully added to your cart.

3 Jenis Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Potty Train

By January 9, 2018Parenting

Sudah Bersediakah Anak Anda Untuk Potty Train?

Terasa macam baru semalam anda menyalin lampin bayi. Tiba-tiba hari ini dah kena fikir untuk potty train anak. Potty train/toilet train atau dalam bahasa melayu nya, latihan buang air (macam tak sedap je bunyinya kan haha ;D) bermaksud kita melatih anak untuk belajar buang air kecil atau besar di potty atau tandas dan dah tak perlu pakai lampin lagi.

Ibu bapa selalu pening fikir tak tahu dari mana nak mula potty train kan? Adakah anak anda sudah bersedia? Awas ya ibu bapa, jangan mula potty train sebelum anak bersedia. Kalau tidak ia akan menggagalkan misi potty train anak dan menjadikan proses potty train lebih sukar di kemudian hari kerana anak jadi semakin keliru.

Justeru umur berapa sepatutnya ibu bapa mulakan latihan? Sebenarnya tiada umur tertentu untuk potty train anak. Ada anak yang sudah bersedia pada umur 18 bulan, ada pula anak yang masih belum bersedia walaupun sudah berumur tiga tahun. Kebiasaannya anak lelaki lebih lewat berbanding anak perempuan atas faktor kurangnya fokus untuk buang air apabila banyak bermain. Jadi, ibu bapa usah bimbang jika lihat anak belum bersedia walaupun sudah masuk umur tiga tahun kerana perkembangan anak-anak berbeza.

Tahukah anda terdapat 3 jenis tanda anak sudah bersedia untuk potty train menurut Baby Center yang dikumpulkan mengikut kategori tanda fizikal, tanda perilaku dan tanda kognitif iaitu:

 

Tanda fizikal:

  • koordinasi badan
  • jumlah air kencing dalam satu masa
  • waktu membuang air yang boleh dijangka
  • lampin yang kering di waktu malam secara berterusan

Tanda perilaku:

  • boleh duduk diam dalam satu posisi selama 2 hingga 5 minit
  • boleh tanggal dan pakai seluar sendiri
  • tidak suka lampin basah
  • menunjukkan minat dengan tabiat tandas orang lain (suka melihat anda ke tandas atau ingin memakai seluar dalam)
  • menunjukkan minat pada najisnya sendiri
  • menunjukkan tanda fizikal atau verbal jika hendak membuang air seperti mencangkung atau memberitahu anda
  • menunjukkan tanda berdikari
  • bangga dengan pencapaian sendiri
  • tidak menolak untuk belajar menggunakan tandas

Tanda kognitif:

  • faham tanda fizikal hendak buang air
  • boleh mengikut arahan seperti ‘pergi ambilkan mainan’
  • faham nilai meletakkan semula sesuatu ditempatnya
  • boleh membahasakan air kencing atau air besar.

 

Jika anak anda sudah ada perkembangan seperti di atas (tidak semstinya perlu ada semua tanda), bermakna ia adalah masa yang sesuai untuk memulakan potty training. Jika tidak, bersabarlah dan berikan anak anda masa untuk bersedia.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply